Drama China | Medical Examiner Dr Qin (2016)

20:00


Title : Medical Examiner Dr Qin (2016)
Director : Xu Ang
Episodes : 20
Duration : 40 minutes
Cast : Zhang Ruo Yun, Jiao Jun Yan, Li Xian


Medical Examiner Dr Qin, drama yg ditayangkan pada tahun 2016 dan aku baru tahu kewujudan drama ni disebabkan Li Xian. aku suka dia berlakon dalam Go Go Squid, bila tahu dia berlakon dalam drama ni terus rasa nak tengok. basically drama ni mengenai penyiasatan jenayah yg mana lebih fokus pada bidang forensik.


mengisahkan Qin Ming yg bekerja sebagai doktor forensik, perwatakan dia sangat serius dengan perangai tak mesra memang tak ramai orang boleh bertahan lama bekerja dengannya. Qin Ming memang suka dengan kerja dia sampai dia cakap lagi senang nak bercakap dengan mayat daripada manusia, padanlah tak ada kawan.


Lin Tao pula pengawai polis yg selalu bekerjasama dengan Qin Ming untuk selesaikan kes, dia sudah lama bekerja dengan Qin Ming so boleh dikatakan Lin Tao orang yg paling rapat dan faham perangai Qin Ming. perwatakan  mereka sangatlah berbeza kalau Qin Ming jenis serius dengan muka stone cold dia, Lin Tao pula lebih relak dan banyak menceriakan keadaan.


Li Da Bao pembantu baru Qin Ming. aku kesian juga dengan Da Bao ni waktu memula masuk kerja macam ada unsur diskriminasi tapi bila dia buktikan kecekapan dia dalam bekerja slowly Qin Ming boleh terima dia dan bekerja dengan dia. aku sebenarnya kadang-kadang terlupa yg Da Bao ni perempuan bila tengok style dia yg tomboy tapi yg pasti dia memang kamceng dan satu kepala dengan Lin Tao.

bagi aku benda yg menarik dalam drama ni sebenarnya lakonan dan chemistry antara tiga watak utama ini. walaupun personaliti masing-masing sangat berbeza tapi boleh dikatakan benda tu lah yg merapatkan hubungan mereka.


First episode drama Dr Qin bermula dengan penemuan tulang manusia dalam sewer oil yg membawa mereka kepada pembunuhan yg kejam. permulaan drama sangat menarik tengok Qin Ming, Lin Tao dan Da Bao bergabung untuk selesaikan misteri kes ini tapi yg stress bila part-part kejam tak ada censor macam drama korea so bersedialah bila terpaksa tengok keadaan mayat yg agak sadis.

walaupun permulaan sangat menarik tapi bila masuk episode 6, aku dah lost dah tak tahu ke mana hala tuju drama ni sebab jalan cerita dia terlalu fokus pada kes jenayah. bosan kot dengan cara mereka bincang kes tu rasa macam tengah tengok member sembang santai pasal kerja dan kau tak paham sepatah pun, kenapa? sebab otak aku terlalu slow nak digest pasal teori forensik ni dan aku tak rasa kes yg berlaku selepas episode lima ada kena mengena dengan sejarah silam Qin Ming.


mood aku naik balik bila masuk episode 15 apabila Qin Ming mula menyiasat kes kematian ayahnya selepas dapat satu surat misteri. apa yg Qin Ming tahu bapanya yg juga seorang doktor forensik telah membunuh diri kerana takut untuk menerima hukuman selepas melakukan kesilapan dalam penyiasatan tapi daripada surat yg diterima, Qin Ming mendapat petunjuk yg ayahnya bukan membunuh diri tapi telah dibunuh dan Qin Ming mahu mencari siapa pembunuh tersebut.

cerita bertambah menarik apabila Qin Ming mendapat tahu pembunuh sebenar malangnya pembunuh tersebut telah dibunuh oleh seseorang yg telah merancang untuk membalas dendam pada Qin Ming dengan menggunakan sejarah silam sebagai target. apa motif pembunuh tersebut?


komen aku untuk last episode, memang nampak banyak flaw dan aku tak nampak sebab yg kukuh atau alasan yg logik untuk dalang sebenar balas dendam pada Qin Ming. kesimpulannya plot drama ni agak rapuh dan banyak flaw tapi yg menyelamatkan keadaan sebenarnya lakonan ketiga-tiga pelakon utama.

You Might Also Like

7 comments

  1. Tengok sebab 3 pelakon utama tu je.. Best dan menyeronokkan tengok aksi mereka.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..sebab diorang je yg boleh bertahan tengok drama ni, masing2 memang kelakar..hahaha

      Delete
  2. menarik ja baca entri ni, nak try tengok jugak lah. hehe

    ReplyDelete
  3. Kak ana dan suami suka cerita macam ni. Ada je info yg kita akan dpt kan.

    ReplyDelete
  4. Suka layan drama china rupanya. Lamanya tak layan. Last sekolah dulu kot. Yg ada kat tv

    ReplyDelete
  5. Macam cerita ala2 csi je ni. Macam best je

    ReplyDelete
  6. Macam best! Lately suka tengok drama china and taiwan instead of korea

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators