Drama China | Well Intended Love

00:29


Title : Well Intended Love (2019)
Director : Wu Qiang
Episode : 20
Duration : 45 minutes
Cast : Xu Kai Cheng, Simona Wang, Ian Yi, Huang Qi Shuo, 
Liu Jia Xi, Yan Hou Ming


aku nampak banyak recommendation dan positive review mengenai drama Well Intended Love ni, so aku try tengok first episode di youtube time tu my first impression, aku tak berkenan dengan acting heroin yg bagi aku nampak awkward terus malas nak tengok. tapi tetiba je aku decide nak tengok drama ni sebab sekarang ni aku tak tahu nak tengok drama apa dan juga sebab cerita ni pendek je kalau nak compare dengan drama china yg lain.

Well Intended Love mengisahkan Xia Lin yg disahkan mengidap leukemia, berita ni mengejutkan Xia Lin kerana boleh menganggu kerjayanya yg baru bermula sebagai pelakon. Xia Lin ada harapan untuk sembuh jika menjalani pembedahan pemindahan tulang sum-sum tapi masalahnya penderma yg sesuai dengan dia menukar fikiran untuk tidak menderma. jadinya Xia Lin buat rancangan untuk berjumpa sendiri dengan penderma tersebut iaitu Ling Yi Zhou seorang CEO of Ling Group.


Ling Yi Zhou seorang businessman sudah tentu dia takkan buat benda yg tak bagi keuntungan untuk dia. puas juga Xia Lin merayu last sekali Yizhou setuju juga dengan syarat Xia Lin setuju untuk berkahwin dengan dia. selepas berfikir panjang Xia Lin bersetuju untuk kahwin kontrak dengan Yi Zhou.

selepas berkahwin Xia Lin cuma anggap perkahwinan mereka cuma sementara sahaja dan mahu dirahsia sebab Xia Lin tak guna status dia sebagai isteri CEO untuk dapat job dalam dunia lakonan. lain pula dengan Yi Zhou bila nampak dia sangat serius dalam perkahwinan mereka dan tak nampak macam dia berpura-pura mesra depan orang. bila tengok sampai episod 6, aku agak yg Yi Zhou ni sebenarnya dah suka Xia Lin dari awal lagi sebab aku tak nampak alasan yg kukuh kenapa Yi Zhou terdesak sangat untuk berkahwin.


**SPOILER** Yi Zhou sebenarnya pernah terjumpa Xia Lin dua tahun yg lalu dan dia jatuh cinta dengan kebaikan Xia Lin walaupun Xia Lin tak ingat langsung pada dia. disebabkan mamat ni kaya, dia upah orang untuk siasat Xia Lin. sampai semua benda yg terjadi pada Xia Lin macam leukemia tu cuma plan Yi Zhou supaya at the end Xia Lin akan datang sendiri cari dia.

memula rasa macam sweet la juga bila tahu Yizhou dah lama suka pada Xia Lin tapi lepas tu aku rasa creepy la pula, cuba bayangkan hidup kau yg kau rasa aman selama ni sebenarnya tanpa sedar kau kena stalk dengan orang yg tak kenal. menakutkan walaupun niat tu baik tapi still la benda yg Yi Zhou buat tu bukan contoh yg bagus untuk ditunjukkan dalam drama. 


untuk 20 episode sepatutnya drama ni jadi romantic-comedy yg ringan tapi penulis ni sumbat banyak benda sampai cerita ni jadi carca merba. banyak benda klise yg boleh jumpa dalam drama ni macam amnesia, fake death, kena culik dan muncul watak jahat yg entah dari mana nak balas dendam. serabut betul tengok drama ni.

ikutkan hati bila sampai kes Yi Zhou kena amnesia tu, aku nak drop je tengok drama ni tapi disebabkan curious pasal Yi Zhou dan nak tahu ending itu yg bertahan juga, nasib baik 20 episod je. 

You Might Also Like

10 comments

  1. dah tengok dah... best sangat. gee mmg peminat c-drama gak haha

    ReplyDelete
  2. bagi peminat drama yang ada jalan cerita yang bagus..

    tentulah cerita begini tidak menghampakan

    ReplyDelete
  3. Kak ana tak pernah layan lagi c-drama. Selalu tgk yg movie je. Leh masuk dlm list nanti

    ReplyDelete
  4. Cerita macam dah sweet sekali banyak sangat yang nak disumbat.. terus jadi tak best kan Tiara..

    ReplyDelete
  5. lama betul x tgk drama chinese

    ReplyDelete
  6. ni drama dr taiwan or mainland?

    ReplyDelete
  7. kak lebih suka cdrama yg ada tema school. heehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cdrama memang banyak school drama tapi sekarang saya tak berapa minat sgt nak tgk drama ni..hehe

      Delete
  8. bila baca part creepy tu macam ada betul jugak eh.. dalam dendiam ada orang dok stalk idop kite. macam realiti la.. ada je org ngintai2 kite.
    eh... hahaha..

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators