Novel | Maia

10:02


Novel : Maia
Penulis : Pasha
Helaian : 304
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : April 2018

SIPNOSIS

Apa yang akan kau lakukan kalau kau tahu orang di sekeliling kau penuh dengan kepura-puraan?

Bagi Maia, dia memilih untuk mengasingkan diri. Biarlah dia hidup sepi tanpa sesiapa asalkan hatinya aman dan tidak terluka.

Namun perkenalannya dengan Azad mengubah semuanya. Kesepiannya mula terisi dan Maia mula terasa benar-benar 'hidup' untuk pertama kalinya.

Sayangnya, ada harga yang perlu dibayar untuk dia mengecapi semua itu.

Sanggupkah Maia membayar harga yang tinggi demi mendapatkan sesuatu yang normal? Atau dia rela selamanya hidup dalam kesepian?


REVIEW

Novel Maia mengisahkan tentang Maia yg mempunyai kebolehan istimewa iaitu dia dapat melihat perkataan pada kulit yg mengambarkan kata hati seseorang. bagi Maia kebolehan ini satu sumpahan dan dia lelah dengan sikap manusia yg bermuka-muka sebab dia boleh nampak kata hati mereka yg sebenar. oleh yg demikian, dia lebih selesa bersendirian dan hidup dalam dunia dia.

kehidupan Maia berubah apabila dia berkenalan dengan Azad, Azad lain dari yg lain sebab dia tak nampak kata hati lelaki itu sebab itu Maia selesa untuk berkawan dengan lelaki itu. namun kehidupan Maia lagi tenteram apabila berlaku kes pembunuhan majikannya. apa motif pembunuhan tersebut?

bagi aku, kebolehan yg ada pada Maia sangat menarik cumanya aku tak begitu excited sangat dengan jalan ceritanya. mungkin kerana Maia terlalu banyak sangat negative thinking sampai benda tu agak effect mood aku untuk membaca. bila pikirkan takkan daripada kecil sampai dah besar orang yg dia jumpa semuanya jenis hipokrit dan bermuka-muka. penat jadi Maia ni kalau semua benda nak dipandang dari sudut negatif.

part pembunuhan tu memang menarik juga sebab tak dapat teka pembunuh dia siapa, apatah lagi orang yg disangka pembunuh sekali jadi mangsa pembunuhan juga terus tak nampak siapa pembunuh yg sebenar.

apa yg kita nampak mungkin tak mengambarkan perkara sebenar so kesimpulannya jangan terlalu cepat menghukum.

**My rating: ⭐⭐⭐ 3/5**

You Might Also Like

2 comments

  1. macam best jugak part pembunuhan tu. Kesian eh hidup Maia ni hahhaa orang nama Maya ni memang hidup diselubungi misteri ke

    ReplyDelete
  2. Tak baca lagi novel ini.. tengah kumpul mood.. hehehe

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators