Drama Turki | Dayan Yuregim

10:27


Hai, lama tak layan drama turki. sekarang tak susah nak tengok drama turki sebab dah boleh tengok kat tv2. lately ni rajin pula aku terpacak depan tv petang-petang bukan nak tengok drama turki tapi melayan drama korea. hari itu tengok drama Fight For My Way di  ntv7, habis cerita tu follow drama Goblin pula kat astro ria. walaupun dah tengok drama korea ni tapi tak tahu kenapa syok pula tengok kat tv..hehe

disebabkan drama korea kat astro habis pukul 6.30 petang sempatlah aku tengok sikit drama turki kat tv2. tengok setengah jam je setiap hari of couse la tak paham sangat cerita dan agak pening sikit tengok drama ni sebab ada banyak watak dan juga konflik yg agak berat. yg penting aku tengok sebab hero dia hensem..haha


kat tv2 tajuk dia Forever Bound, tajuk asal pula Dayan Yuregim (Stay in My Heart) mengenai kisah percintaan antara Atif dan Seray yg penuh halangan. Atif berasal daripada keluarga kaya manakala Seray pula gadis miskin yg mana mereka bertemu dan jatuh cinta. Atif pernah nak bawa Seray berjumpa dengan family dia tapi disebabkan berlainan darjat emak Atif tak suka dengan Seray tapi ada sebab lain juga yg menyebabkan emak Atif tak suka dengan Seray.

Seray pula tinggal dengan keluarga pacik dia maybe sebab kehidupannya dikongkong oleh paciknya so Seray rahsiakan hubungan dia dengan Atif. but seriusly walaupun pacik Seray agak baik dengan dia tapi keluarga tu sangat annoying, aku pun tak paham kenapa Seray nak terus tinggal kat situ.


sebenarnya ada rahsia antara keluarga mereka yg Seray dan Atif sendiri tak tahu. sebelum mereka berjumpa Atif pernah terlanggar seorang budak yg bernama Selim hingga menyebabkan Selim menjadi lumpuh. disebabkan keluarga Atif ni kaya-raya, mereka cover kemalangan tu dengan mengupah orang lain untuk terima hukuman bagi pihak Atif seterusnya menghantar Atif ke luar negara untuk tutup cerita sebenar.

tak lama selepas itu Atif balik semula ke Instabul sebab dia masih lagi rasa bersalah dengan kejadian tersebut. pastu mak Atif buat cerita lain pula dengan upah seorang budak lain kononnya mangsa kemalangan tersebut untuk tunjukkan budak tu dah sihat walafiat supaya Atif dah tak rasa bersalah. nak dijadikan cerita, Selim budak yg kena langgar tu sebenarnya adik kepada Seray tapi Seray ni tak tahu detail sangat pasal kemalangan tu plus Seray pun ada konflik juga dengan emak dia. so apa kesudahan kisah antara Atif dan Seray kenalah tengok drama Dayan Yuregim.

bagi aku, yg stress pasal drama ni ialah orang sekeliling Seray yg mata duitan. family Atif ada bayar pampasan untuk Selim kalau tak salah aku bayar pada bapa mereka untuk tutup cerita yg sebenar. bila dapat duit banyak biasalah pakat berebut nak duit tu last-last mak Selim juga yg bersusah payah mencari duit untuk tampung kos perubatan Selim. sebenarnya drama turki ni boleh je tengok di channel youtube rasmi Fox itupun kalau korang bahasa turkish sebab kat situ memang tak disediakan subtitle so kalau tak paham meh join aku tengok di tv sahaja..hehe



Drama : Forever Bound (Dayan Yuregim)
Saluran : TV2
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Pelakon : Berk Atan, Nilay Deniz, Ece Uslu, Cansel Elcin

You Might Also Like

6 comments

  1. baru start tengok drama turki - Kiralisk Ask..sbb suka hero & heroin, tgk movie Mutluluk Zamani...

    tak sangka moden betul org2 turki ni..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..betul tu. first time tengok drama turki dulu saya pun macam cultural shock sikit sebab terkejut tengok lifestyle diorang yg sangat moden tu.

      Delete
  2. tak pernah lagi tgk cerita turki

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi try layan drama turki.. macam menarik je..

    ReplyDelete
  4. macam trend gak srkng ni citer Hindi bersiri dengan Turkey.
    pelakon hensem hensem hahaha..

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators