Because Of You (2017)

8:54 PM


Title : Because of You
Year : 2017
Episodes : 56
Duration : 45 minutes
Cast : Sun Yi, Deng Lun, Wu You, Dai Chou, Zhi Nan Li

SIPNOSIS

Zhang Guo Guo grew up in a Wonton shop and is also the food-delivery girl for the town. Although she did not receive high education, she is loved by her neighborhood because of her enthusiastic and sincere personality. But what people don’t know is that Guo Guo is actually a famous embroidery workshop boss‘s daughter, and an accident caused her to grow up in the small town. 

Guo Guo has a unique talent when it comes to embroidery. Guo Guo is very grateful for Wang Aiyu for raising her, so she views Wang Ai Yu’s biological daughter, Zhang Yu Xin, as her own family. On the road to pursuing their dreams, the two girls meet brothers Li Yun Kai and Li Yun Zhe, and love blossoms.


dah lama juga aku nak tengok drama ni tapi bila tengok episod awal-awal tu rasa boring sebab hero tak muncul-muncul, itu yg give up je nak tengok. lepas tengok drama Ashes of Love baru aku tahu hero dalam dua drama ni pelakon yg sama, ok baru semangat sikit nak tengok

drama Because of You remake dari drama Korea, Jang Bo-ri Is Here! kalau versi korea dah 52 episode, versi cina pula panjang sikit dalam 56 episode. aku tak tengok yg korea punya so tak tahu apa beza antara dua versi ni, yg aku tahu chinese hero lagi hensem ok.


permulaan drama ni agak bosan juga sebab banyak cerita konflik yg berlaku dalam keluarga Jin. keluarga Jin ni terkenal dalam menghasil seni sulaman yg terbaik. so episode awal-awal ni nak cerita macam mana heroin yg bernama Yi Bei yg berusia 8 tahun boleh terpisah daripada keluarga lepas tu hilang ingatan tentang family kandungnya then dipelihara oleh ibu angkat. lepas episode 20 macam tu baru drama ni nampak best sikit.


Yi Bei terpisah dari keluarga sejak kecil dan diberi nama Guo Guo selepas dijaga oleh Wang Ai Yu, selama dia hidup dia tak pernah tahu dia anak angkat dan layanan mak angkat pun macam tak ikhlas nak jaga dia. kesian juga hidup Guo Guo cuma tolong di kedai Wang Ai Yu. 

hidup Guo Guo bertambah baik bila dia bertemu sifunya Song Xiu Hua, dari situ dia belajar menyulam dan jumpa talent dia yg sebenar. kemudian Guo Guo berjumpa Li Yun Kai yg selalu support dan bagi semangat pada Guo Guo untuk kejar cita-citanya.

tapi Guo Guo terpaksa lepaskan impianya bila dia terpaksa menjaga Le Tong (anak angkat) yg sakit dan kumpul duit untuk pembedahan Le Tong apabila anaknya itu berusia 5 tahun nanti. dia berjanji pada sifunya yg dia akan pergi belajar sulaman bila Le Tong besar.


Li Yun Kai ni asal family kaya dan seorang penguam. hubungan mereka pada awalnya cuma kawan tapi Yun Kai mula jatuh hati pada Guo Guo. Yun Kai selalu support Guo Guo untuk kejar impannya tapi hubungan mereka terputus bila Yun Kai salah faham bila Guo Guo ada anak. 

selepas 5 tahun mereka bertemu kembali dan selepas Yun Kai tahu kisah sebenar, dia memang tak nak lepaskan lagi Guo Guo macam dulu dan anggap Le Tong macam anak dia sendiri.


Zhang Yuxin watak paling annoying giler. everything pasal perempuan ni fake giler, semua yg keluar dari mulut dia pembohongann semata-mata. sejak kecil Yuxin hidup susah so dia sanggup buat everything untuk mengubah hidup dia termasuk bagitahu kat semua orang yg dia anak yatim dan tak pernah mengaku Wang Ai Yu, ibu kandungnya, paling teruk sanggup buang anak sendiri.

sejak kecil Yuxin terima biasiswa daripada keluarga Jin untuk belajar dan dia selalu berangan nak jadi anak angkat keluarga tu. Yuxin juga tak pernah suka dengan Guo Guo dan bila dia tahu Yibei tu Guo Guo dia buat macam-macam cara untuk halang Guo Guo dan keluarganya daripada tahu fakta sebenar.


Wang Ai Yu pula ibu kandung Zhang Yu Xin dan juga mak angkat kepada Guo Guo. at first dia tak pernah ada niat pun nak amik Guo Guo jadi anak angkatnya tapi disebabkan dia yg langgar Guo Guo sampai hilang ingatan pastu takut jadi kes polis so dia decide untuk bela Guo Guo.

boleh dikatakan Ai Yu ni memang sayang giler dengan anak dia, walaupun Yuxin tak pernah mengaku dia sebagai mak tapi dia still lagi support Yuxin dan sanggup buat apa je untuk anak dia yg tak pernah kenang budi tu termasuk bersubahat dengan kerja jahat Yuxin.

Wang Ai Yu seorang sahaja yg tahu Le Tong tu anak Yuxin tapi dia simpan rahsia tersebut daripada semua orang termasuklah Guo Guo.


Lu Si Chen berasal dari keluarga berada sebab tu sebelum habis belajar Yuxin tak sabar nak menikah dengan dia secara senyap. then bila tahu keluarga SiChen sebenarnya sudah bankrap Yuxin bengang dan terus nak bercerai. time ni SiChen sayang giler dengan Yuxin dan bila tahu isterinya pregnant dia cuba untuk selamatkan rumah tangga mereka.

SiChen mula simpan dendam pada Yuxin bila ayah dia meninggal dan yg paling dia tak boleh terima bila Yuxin sanggup buang anak mereka. dia bersumpah nak balas dendam dengan apa yg Yuxin dah buat.


Li Yun Ze pula abang tiri Yun Kai, dari luaran watak dia nampak cool dan jenis tak menyibuk sangat dengan hal orang lain tapi yg sebenarnya dia tak suka dengan Li Yun Kai so kalau boleh dia nak bolot harta family mereka. dia jadi makin annoying bila jatuh hati pada Yuxin.

Lu Si Chen cuba bagitahu siapa Yuxin yg sebenar tapi Yun Ze tak percaya langsung so padanla muka bila terkahwin dengan perempuan fake tu. dan kebodohan Yun Ze mula hilang bila dia nampak satu demi satu penipuan Yuxin mula terbongkar, time tu memang menyesal tak terkata.


drama ni sangat straighforward, tak ada plot twist sangat sebab daripada awal episode penonton dah tahu perjalanan atau rahsia setiap watak ni so just tengok  la macam mana setiap konflik tu akan terlerai.

dalam drama ni aku suka tengok relationship antara Guo Guo dan Yun Kai, mereka start dengan jadi kawan bila Yun Kai dah mula suka Guo Guo, dia nak hubungan mereka lebih serius dan time ni family Yun Kai menghalang sebab tak suka dengan status Guo Guo yg ada anak sebelum berkahwin. sebenarnya tak banyak pun konflik antara mereka sebab mereka ni saling percaya dan support antara satu sama lain yg banyak masalah dengan orang sekeliling mereka. interaction antara Guo Guo dan Yun Kai pun sweet je ditambah pula dengan Le Tong memang best la tengok mereka ni.


benda yg agak stress dengan drama ni ialah watak antagonis yg mendominasikan keadaan, seriusly aku tak suka dengan Yuxin, aku pun banyak skip part dia sebab perempuan ni bila bercakap tak pernah betul, kaki keletong no 1.

walaupun drama ni agak panjang dan start dengan agak bosan tapi not bad sebenarnya cuma kalau nak tengok drama ni kena prepare mental sikit sebab watak Yuxin dan Wang Ai Yu antara watak yg asyik rasa nak maki je tapi best thing, aku suka Yun Kai dan Guo Guo dengan Le Tong yg banyak menceriakan keadaaan.

You Might Also Like

3 comments

  1. Alahai pelakon-pelakonnya, cantik ensem :)

    ReplyDelete
  2. Alamak.. panajang sangat.. tak sanggup nak tengok.. hehehe

    ReplyDelete

Top Commentators