Novel | Urusan Cinta Elena dan Tuah

10:47 PM

(PNM e-Reader)

Novel : Urusan Cinta Elena dan Tuah
Penulis : Hannah Ezaty
Helaian : 564
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : September 2017

SIPNOSIS

Pertemuan Elena dan Tuah bukanlah sesuatu yang dirancang. Pada situasi dan waktu yang salah, mereka berkenalan.



“Kenapa awak masuk campur urusan rumah tangga orang?” – Tuah
“Excuse me? Habis tu, awak pula... Kenapa masuk campur urusan hidup saya?” – Elena

Elena yang berani. Elena yang sombong. Tapi Tuah tetap suka? Kata-kata Tuah dianggap bahan gurauan. Mana mungkin hari pertama berkenalan sudah diajak kahwin. Agaknya kepala Tuah dah biul!

“Apa nama awak?” – Tuah
“Saya Elena Amir. Just call me El.” – Elena
“El, kalau saya ajak awak kahwin... Awak nak tak?” – Tuah
“Gila!” – Elena

Namun, Elena pula yang sasau disaat Tuah menghilangkan diri setelah lamarannya ditolak. Elena panasaran! Elena nanar! Dan… Dia lemas dalam lautan rindu!

Tersentak Elena apabila tiba-tiba muncul pula lelaki persis Tuah disaat dia sedang kerinduan, namun yang di hadapannya bukan lagi lelaki berambut rebonding seperti model dalam iklan syampu dan berfesyen seperti budak-budak hipster. Elena keliru! Benarkah itu Tuah atau sekadar angan-angan orang angau? Belum reda kekeliruan tentang Tuah, tiba-tiba muncul pula Nina si cantik manis, Cef Mike yang menjengkelkan, Datin Maria yang menggerunkan dan juga Nisrina yang membuatkan hidup Elena bertambah haru-biru.

SIapa mereka? Apa kaitan mereka dengan Tuah? Adakah lelaki persis CEO itu sememangnya Tuah yakni lelaki yang muncul dan hilang sesuka hatinya dalam hidup Elena? Ada rahsia yang harus digali. Ada rasa yang perlu dileraikan. Apa yang Elena tahu urusan itu perlu diselesaikan secepat mungkin!



REVIEW

Urusan Cinta Elena dan Tuah, sudah tentu pasal kisah cinta Elena dan Tuah. kisahnya tak heavy sangat cuma Elena yg suka merumitkan keadaan dan buat andaian sendiri bila terjumpa Tuah versi CEO terjadilah salah faham Elena pada Tuah. kesian juga dengan Tuah sibuk nak mengayat tapi asyik kena reject sebab Elena ingatkan Tuah ni dah berkahwin.

watak Elena ni garangnya ya ampun, ego pula tak bertempat. kalau dah suka orang tu pergilah siasat ke apa sebab dia ada banyak peluang nak kenal lebih dengan Tuah tapi Elena lebih suka buat andaian sendiri pastu nak sentap sorang diri. part yg bergaduh dengan tunang kawan baik dia tu seriusly aku speechless sebab terlebih berani lainlah kalau diri tu ada martial art, nak cari gaduh dengan siapa pun tak sebab boleh protect diri sendiri.

Satu benda yg aku suka dengan Elena ni ialah dia ada cita-cita yg tinggi dengan dunia bakeri so respect juga biar ribut melanda dalam diri tapi masih semangat nak majukan bisnes bakeri dia. kejayaan yg Elena capai tu kira berbaloilah dengan usaha dia.

Tuah pula lelaki yg misteri dan macam chipsmore, kejap ada sekejap hilang tapi yg pasti bila dah jatuh cinta tu sangguplah buat apa sahaja untuk Elena termasuk kena sembur dan layan perangai mood swing Elena tu. wujud lagi ke lelaki yg macam ni? dalam novel je kot..

ada beberapa bahagian yg menarik tapi secara keseluruhan cerita agak meleret juga sebab konflik tak banyak sangat tapi penulis ambil masa yg lama untuk merungkaikan kekeliruan Elena dengan identiti Tuah sampai mood membaca aku makin menurun plus aku dah boleh teka perjalanan ceritanya ke arah mana. so overall, ok la storyline dia dan sesuai untuk bacaan santai.

You Might Also Like

7 comments

Top Commentators