Novel | Andai Tiada Dia

22:40


Novel : Andai Tiada Dia
Penulis : Rissa Ahdiya
Helaian : 542
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Mac 2019

SIPNOSIS

Jika ditanya tentang bahagia, Suri rasa dialah wanita paling bahagia. Punya suami yang mencintainya sepenuh hati, punya mentua yang sangat mengasihi. Tapi, kekurangannya sebagai wanita seringkali membuatkan hatinya menangis dalam diam. Dia diuji ketika leka mengulit cinta yang sudah lama ditunggu, Haikal mula dilupakan. Haikal berjanji akan terus mengasihi, tapi Haikal jugalah yang mula berpaling pergi. Hatinya luka bila kekurangan dan khilafnya mula dibentang Haikal. Ya, memang dia tidak sempurna sebagai isteri.

Dugaan datang lagi, tatkala dia baru menerima hakikat yang dia sudah kehilangan Haikal. Hadirnya ‘dia’ terpaksa Suri rahsiakan. Dalam pelarian demi melindungi ‘dia’, Suri bertemu semula dengan lelaki yang pernah membantunya.

Rahsia yang disimpan akhirnya diketahui Haikal tanpa sengaja. Haikal datang menuntut hak, menuntut untuk menjalankan tanggungjawab. Suri lelah. Haikal mendesak tidak susah-sudah. Falah pula datang menuntut janji yang sudah dipateri. Suri bingung. Di sana Haikal di sini, Falah Haruskah dia menjadi seorang ibu yang mementingkan diri seperti mana yang dituduh Haikal, atau memilih untuk mencari bahagianya sendiri? 



REVIEW

Andai Tiada Dia fokus pada isu penceraian yg disebabkan orang ketiga, isu ni memang banyak sangat berlaku sekarang ni. lagi pedih yg buat onar pada rumah tangga tu adik sendiri memang menyakitkan.

perkahwinan Suri dan Haikal memang bahagia walaupun belum ada anak selepas 7 tahun berkahwin tapi itu bukan satu isu yg besar buat mereka berdua. konflik terjadi bila Suri mengajak adiknya Intan untuk tinggal bersama dan pada yg sama dia ambil seorang anak angkat bernama Luqman, waktu ni kehidupan Suri agak sibuk menguruskan anak dengan bekerja bukan satu benda yg mudah sampaikan Haikal mula rasa terabai dan Intan pula ambil peluang untuk menggoda.

watak Haikal dan Intan dalam novel ni memang menyampah betul lagi-lagi perangai Intan, aku pun tak paham dengan suami kakak sendiri pun nak kebas. bila orang nak kenenkan dia dengan duda tahu nak mengamuk tapi yg kebas laki orang tu tak nampak macam desperate ke. Haikal pula memang suami yg baik pada mulanya tapi jenis tak tahan godaan syaitan gitulah jadinya, nak menyesal pun tak ada gunanya.

aku suka dengan watak Suri sebab dia memang seorang yg kuat, bukan mudah nak terima perkahwinan yg bahagia selama ni lingkup angkara adik sendiri tapi yg aku tak suka pasal Suri ni baik sangat, buat apa nak kesian dengan orang macam Intan lainlah kalau orang tu betul-betul insaf dan menyesal.

Falah pula bak kata tunang tak jadi dia, macam kayu tak ada perasaan tapi bila jumpa  Suri boleh pula jadi ulat bulu. Falah ni memang baik kalau Suri tak pilih dia mahu mengamuk juga aku..hehe

cumanya yg aku tak puas hati babak-babak manis tu memang penulis kedekut sangat nak bagi dalam novel ni maybe penulis nak carita ni lebih fokus pada watak Suri, macam mana dia nak teruskan kehidupan dia selepas kecewa dengan perangai Haikal dan Intan. overall buku yg menarik, moral of story jangan baik sangat nak mengajak kawan perempuan atau adik beradik datang menumpang kang tak pasal dengan suami pun dia nak menumpang sekali.

You Might Also Like

7 comments

  1. Bab adik perempuan duduk kat rumah emmang kena fikir banyak kali.. Namun dalam masa yang sama semuanya bergantung pada suami kita juga..

    Tapi memang menyampahlah bila orang terdekat dengan kita yang jadi pengacau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kalau tak melayan memang tak jadi juga pokok pangkal hati masing-masing.

      Delete
  2. Sekarang ni banyak sgt terjadinya kisah2 yang macm novel ni..Kes curang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berlambak kes macam ni. orang yg tak kahwin lagi pun jadi takut nak kahwin..hehe

      Delete
  3. eeiii amik kesempatan betul dah tumpang nak memunya pulak

    ReplyDelete
  4. Hahaha penulis Rissa ni memang tak masukkan scene manis bersemut byk sangat dalam novel dia kalau perasan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke..tak tahu pula sebab ni first time baca buku dia..

      Delete

Bloglist

Top Commentators