Your House Helper

7:32 PM


Title : Your House Helper
Episodes : 32
Duration :30 minutes
Cast : Ha Seokjin, Bona, Lee Jihoon, Go Wonhee, Seo Eunha, Jeon Soojin,
Yeon Junsuk, Lee Dogyeom, Jo Heebong.


ini drama yg aku nak tengok tapi tak rasa nak tengok bila tak familiar dengan heroin tapi aku decide untuk tengok sebab aku takde mood nak tengok drama berat so this one pilihan yg tepat sebabnya tak expert apa sangat dan jalan ceritanya sebenarnya sangat santai dan tak serabut atau nak buat kau stress.

Your House Helper mengisahkan Kim Jiwoon yg memang pakar dalam kerja membersih dan mengemas rumah. pendek cakap kalau rumah bersepah sampai takde masa nak kemas so bolehlah dapatkan khidmat Jiwoon gerenti anda pasti puas hati dengan service dia.


Im Dayoung pula life dia agak miserable walaupun tinggal di rumah besar peninggalan ayahnya tapi dia juga terpaksa tanggung hutang ayahnya. Dayoung mahu mencari penyewa tapi keadaan rumahnya yg bersepah buat orang pikir dua kali nak duduk situ. Dayoung juga sangat sibuk dengan kerjanya sampai dia takde masa nak mengemas rumah dan terpaksa dapatkan khidmat Kim Jiwoon.

atas beberapa faktor dia sewakan bilik kepada kawan baiknya iaitu Han Somi, pemilik kedai nail salon yg fobia dengan lelaki dan Yoon Sang-A yg sangat mementingkan penampilan tapi sangat struggle dengan life dan bekerja dirumah.


cakap pasal chemistry antara main lead rasanya macam kureng sangat sampai separuh drama pun aku tengok perasaan excited atau bunga-bunga cinta tu macam tak nampak atau maybe aku je yg hati kayu..hihi

maybe aku tak familiar dengan heroin ni kot, acting dia bagi aku biasa-biasa je, nak kata teruk tak juga tapi disebabkan pelakon lain lebih pandai berlakon so acting dia agak tenggelam sebagai main heroin. sebenarnya aku kagum sikit dengan heroin ni, dari awal sampai tamat drama, intonasi suara dia sama je sampai aku dah boleh teka intonasi dan muka macam dia guna pada situasi tertentu.


drama ni bukan the best drama maybe jalan cerita yg smooth dan banyak aura positif buat aku layan sampai habis. dari segi cerita aku suka dengan philosophy Kim Jiwoon (kadang rasa macam nak panggil Jiwoon mai tolong kemas rumah..hihi) tapi plot dan isu yg ada dalam drama ni atau kata lain masalah pada heroin bagi aku benda yg boleh diteka dan tipikal yg biasa jumpa dalam kdrama macam sexual harassment, gender discrimination dan isu buli di tempat kerja.

aku sebenarnya lebih suka pada jalan cerita watak lain macan progress hubungan Sang-A dan Kwon Jinkook, rasa sweet kot Jinkook tengok dia gigih nak mengorat Sang-A. Somi pula cuba nak lawan fobia dia dan juga masalah Kang Hyejoo yg  minat pada bestfriend dia. overall still enjoyable layan cerita ni sebenarnya.

You Might Also Like

4 comments

  1. uish tak terbayang klu betul ada oppa yang datang kemas rumah. hehe

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  2. sha tengok dah drama ni! memang takpayah fikir apa pun semua mcm akan terjawab hahaha tapi oklah untuk memenuhi masa terluang btw boleh tak suggest drama romantic comedy? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak reti la nak suggest drama romantic comedy sebab sekarang ni memang jarang layan drama jenis ni tapi sha try drama pendek ni kalau dah tengok sila abaikan..hihi
      -splash splash love
      -noble, my love
      -bride in sneakers.

      Delete
  3. Akak tengok first episod sikit.. okaylah.. cuma hold dulu.. kikiki..

    ReplyDelete

Top Commentators