Review Lakorn 2018

10:50 PM

untuk tahun 2018 ni ada beberapa lakorn yg aku dah tengok tapi malas nak tulis review dan ada juga yg peram dalam draft je sampai tak tertulis review. so time mood nak menulis tengah ada ni, aku nak compile je semua dan buat short review sahaja.

Ngao Asoke (2016)


Title : Ngao Asoke
Year : 2016
Episodes : 19
Duration : 60 minutes
Cast : Sean Jindachot, Esther Supreeleela

drama  remake dari lakorn lama, kisah Monthai (Sean) yg bertunang dengan Viyada sebelum belajar ke luar negara. sepanjang tempoh dia di luar negara dia selalu berhubung dengan tunangnya melalui surat tapi dia tak tahu yg balas surat dia tu Bpeeyachat (Esther). Monthai tak tahu tunang dia tu perangai bukan baik sangat sampaikan mak Monthai yg sakit minta nak jumpa bakal menantu, Viyada boleh hantar Bpeeyachat dan mak Monthai tak ingat muka Viyada end up suka Bpeeyacahat. masalah timbul bila Monthai balik dari oversea dan dapat tahu Bpeeyachat berlakon jadi tunang dia.

REVIEW:
  • suka gandingan Sean dan Esther, aku suka couple ni dari Leh Ratree.
  • watak Monthai agak annoying asyik tuduh Bpeeyacahat nak ambil kesempatan, dia tak tahu yg tunang dia tu muka je cantik tapi perangai hodoh.
  • watak Bpeeyachat pula heroin yg terlalu baik sangat. kadang geram juga bila tak reti nak defence diri sendiri
  • jalan cerita yg klise sangat.

Paragit Likhit Ruk


Title : Paragit Likhit Ruk
Year : 2017
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Cast, Sean Jindachot, Vill Wannarot

mengisah Jarawee (Vill) top star yg mati dalam kemalangan dan rohnya tidak tenang selagi tidak mengetahui bagaimana dia boleh mati. Jarawee berjumpa dengan Teechat yg ada kebolehan boleh melihat hantu dan minta bantuan Teechat untuk siasat kematiannya.

REVIEW :
  • Jalan cerita best juga walaupun ada few part macam merapu sikit
  • poster nampak macam seram kan tapi tak seram langsung.
  • ending dia sedih, nak expect apa bila heroin dia dah sah-sah hantu.

Ngao Jai


Title : Ngao Jai
Year : 2015
Episodes : 15
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Vill Wannarot, Toomtam Yuttana

Ngao Jai pula kisah Ruth (Toomtam) yg nak balas dendam pada Matinee (Vill) sebab dia ingatkan Matinee ada komplot mainkan adik kembar dia iaitu Watit sampai Watit jatuh sakit. jadinya Ruth menyamar sebagai Watit dan Matinee tak perasaan yg mereka dua orang yg berbeza.

REVIEW:
  • ni jenis revenge lakorn yg hero asyik salah paham dan confius dengan perasaan sendiri.
  • heroin pula memang baik hati tapi sayang hero tak nampak kebaikan dia.
  • watak jahat banyak manipulate keadaan
  • tipikal lakorn.

Petch Tud Petch


Title : Petch Tud Petch
Year : 2016
Episodes : 16
Duration : 1 hour 20 minutes
Cast : Weir Sukollawat, Mick Thongraya, Kwan Usamanee

aku tengok lakorn ni dari bulan berapa tak tahu sampai sekarang tak habis lagi bukan apa bila stop aku lupa nak sambung tang mana. lakorn ni mengenai Chart yg mahu melepaskan diri dari diburu satu organisasi rahsia yg terlibat dalam kes pembunuhan tokoh terkenal.

REVIEW:
  • main reason tengok sebab hero dia Weir, itu sahaja.
  • drama action-romance.

Jao Sao Jum Yorm


Title : Jao Sao Jum Yorm
Year : 2018
Episodes : 16
Duration : 1 hour 35 minutes
Cast : Mick Thongraya, Pooklook Fonthip

mengisahkan Maysarin seorang usahawan dan artis terkenal yg terpaksa berkahwin dengan Khet untuk mengelakkan kontroversi bila gambar mesra dia dengan Khet tersebar.

REVIEW:
  • aku suka Mick berlakon watak begini sebab selalunya dia banyak berlakon dalam drama aksi dan mafia. kadang tu aku rasa macam tak sesuai bila gangster tapi muka jambu.
  • heroin annoying! at first suruh hero tu bertanggungjawab bila hero nak bertanggungjawab dia tak mau pula.. hei, apa kau nak sebenarnya perempuan!!
  • selain hero, semua watak dalam drama ni tersangatlah annoying macam nak bagi penampar sorang-sorang.
  • slap & kiss lakorn so lakorn yg tipikal
  • drama yg aku tengah tengok tapi rasa macam nak stop je sebab stressnya ya ampun.

Done.

You Might Also Like

7 comments

  1. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan.. done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    ReplyDelete
  2. Hadoi... Lakorn je tak berjaya lagi nak tengok.. kikiki..

    ReplyDelete
  3. Paragit Likhit Ruk tu macam best cerita dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara 5 ni, boleh cakap Paragit tu best sikit maybe jalan cerita dia pun lain sikit dari lakorn lain.

      Delete
  4. bnyk betul cerita menarik ni.. x dpt nak tgk..

    ReplyDelete

Top Commentators