Novel | The Reason

1:29 AM


Novel : The Reason
Penulis : Rehan Maktar
Helaian : 576
Penerbit : Penulisan2U
Terbitan : Noveber 2018


bagi aku isu dan emosi yg dibawa dalam novel ni agak berat ditambah pula dengan perasaan tak suka dengan watak heronya, agak mencabar juga nak habiskan bacaann. dari awal aku dah boleh teka apa yg terjadi antara Ammara dan Eqram cumanya agak kecewa juga dengan heroin bila tahu senang sangat Ammara percaya dengan janji budak macam Eqram ni sepatutnya dia lebih matang dan tak mudah tergoda dengan janji budak ni.

aku suka dengan gaya penulisan dan olahan Rehan Maktar tapi dalam buku ni banyak babak flashback yg agak menganggu aku waktu membaca The Reason sebab aku selalu confius dan tak sedar bila latar masa berubah, kadang tu memang ada masa aku repeat balik sebab nak pastikan Ammara ni tengah flashback ke apa.

kesimpulannya aku susah nak terima heronya Eqram sebabnya aku lebih suka Eqwan tapi itulah kadang rasa tak adil juga buat lelaki yg terlalu baik macam Eqwan so at the end redha je la dengan pilihan Ammara sebab dia pun berhak hidup bahagia daripada terus menghukum diri sendiri atas kesilapan masa lalunya.

You Might Also Like

2 comments

  1. sha suka cover novel ini.. Tapi tak cukup kuat dijadikan alasan untuk beli novel ini.. :)

    ReplyDelete

Top Commentators