Novel | Jujur Sebuah Janji

12:22 AM


Novel : Jujur Sebuah Janji
Penulis : Xue Yayu
Helaian : 556
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : September 2018


Jujur Sebuah Janji mengisahkan Fateh yg bercuti ke villa milik keluarga Lufya, sepanjang tempoh Fateh bercuti Lufya yg menemaninya tapi dia ingatkan Lufya orang gaji di situ. Fateh ni jenis yg panas baran dan suka maki pekerja bawahan dia dan sepanjang perkenalan mereka Lufya banyak mengubah sikap Fateh. sebelum berpisah, ada perjanjian yg termenterai antara mereka.

selepas tujuh tahun, mereka bertemu kembali namun sikap Lufya jauh berbeza dan menyimpan satu rahsia yg buat dia sukar untuk terima Fateh sebagai teman istimewa. Fateh yg sekarang jauh berbeza, sangat penyabar walaupun Lufya asyik menolak dirinya tapi masih sabar menanti.

bagi aku jalan ceritanya agak menarik walaupun ada beberapa part yg aku rasa penat sikit dengan perangai Lufya yg banyak simpan rahsia sampaikan lepas berkahwin still tak nak cerita apa masalah dia yg sebenarnya dan Fateh yg penyabar pun dah malas nak layan perangai dia. sampai satu tahap Fateh dah terpengaruh dengan cerita orang luar tapi nak salahkan siapa.

aku baca buku ni bulan lepas, agak lambat sikit nak tulis review dan aku pun dah lupa nak tulis apa sebenarnya ni, lama sangat peram entry ni..hihi. overall cerita dia boleh tahan dan agak menarik walaupun ini novel pertama dari penulis ni.

You Might Also Like

3 comments

  1. bila berahsia sangat, kdg2 mcm rasa nak hempuk org tu .. hehe.

    ReplyDelete
  2. Adoilah.. main rahsia rahsia lak.. mengganggu hubungan sebenarnya..

    ReplyDelete

Top Commentators