Novel | Infiniti

9:46 PM


Novel : Infiniti
Penulis : Farrah Izzlorna
Helaian : 313
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : Mei 2017


Infiniti mengisahkan Andrian yg mempunyai kelebihan dapat melihat benda yg tidak dapat dilihat oleh manusia lain tapi disebabkan kena brainwash dengan ibunya, Andrian percaya dia menghidap penyakit mental dan semua benda yg dilihatnya itu cuma mainan ilusi. 

sampailah suatu hari, Andrian pulang ke kampung ibunya untuk melawat neneknya yg sedang nazak kemudian dia terlibat dalam kemalangan. apabila sedar, Andrian mendapati keadaan sekeliling jauh berbeza dan dia telah jauh merentasi masa ke tahun 1985. di sini Andrian bertemu Luth, Suri dan Yasmin dan juga tentang rahsia keluarga yg disembunyikan ibunya selama ni.

bagi aku Infiniti memang unik dan terbaik, ada time travel, misteri dan seram dan aku tak expect part seram tu so bila Andrian bercerita pasal Setanggi sangat meremang lagi-lagi bila macam buku ni tengah malam, memang feel sangat. aku suka dengan susunan plot yg kemas sampai aku rasa susah nak stop baca sebab tak sabar nak tahu keseluruhan cerita. 

untuk ending pula macam mana nak cakap ye, ending yg aku boleh terima walaupun masih ada lagi misteri belum terungkai lagi-lagi pasal Noah tetapi sangat sedih untuk kisah Andrian dan Suri juga Luth dan Yasmin, apapun cerita dia memang awesome sangat.

You Might Also Like

0 comments

Top Commentators