Fukuyado Honpo

8:20 PM


Title : Fukuyado Honpo ~ Kyoto Love Story
Episodes : 12
Duration : 30 minutes
Cast : Hayami Akari, Ichihara Hayato, Sasaki Nozomi, Miyani Hina, Yamashita Kenjiro


SIPNOSIS

Fukuyoshi Hina, Arare, and Hana are three sisters whose family run Fukuya, a 450-year-old traditional Japanese confectionery shop in Kyoto. This is the story of their individual romances, love of family and sacrifices for the sake of protecting tradition


Arare adalah anak kedua, waktu kecil dulu dia suka teman dan rasa manisan yg dibuat ayahnya. selepas kematian ayahnya, ibunya jadi tegas Arare dan tidak membenarkan dia masuk ke dapur kerana ibunya buat peraturan cuma pewaris Fukuyado Honpo iaitu kakaknya sahaja yg dibenarkan masuk ke dapur kedai mereka. sejak itu, Arare terasa hati dengan ibunya dan tak pernah ambil peduli tentang urusan Fukuyado Honpo.

suatu hari, ibunya buat keputusan untuk benarkan kakaknya berkahwin dengan keluarga lain dan Arare pula diminta untuk jadi pewaris dan berkahwin dengan Kenji. dah tentu Arare tak setuju lebih-lebih lagi bila ibunya sibuk nak atur hidup dia tapi selepas ibunya jatuh sakit, Arare ubah fikiran untuk menjaga kedai itu.


Kenji pula chef di Fukuyado Honpo yg bekerja di situ sejak umur 18 tahun kiranya dia memang master buat manisan sebab itu ibu Arare nak jodohkan Kenji dengan pewarisnya. aku suka tengok Arare dan Kenji, diorang selalu bergaduh tapi comel kot dan Kenji juga selalu support Arare.

sebenarnya jalan cerita awal tu memang menarik yg mana lebih fokus mengenai konflik dalam Arare sama ada untuk terima atau tidak tanggungjawab untuk menjadi pewaris kedai keluarganya tapi lepas tu ceritanya lebih fokus pada kisah cinta kakaknya iaitu Hina dan Hinoyama.


dari mula lagi, aku pun tak paham kenapa Hina nak kahwin dengan Hinoyama sebab diorang tak pernah keluar dating ke apa just Hinoyama ajak kahwin dan dia pun setuju. kisah diorang ni dah jadi complicated sebabnya masing-masing bengong sangat macam Hinoyama asyik kira pride dia dan Hina pula tak pernah nak luah apa yg dia rasa.

akhinya bila berkahwin rumah tangga jadi goyah sebab kurang komunikasi dan keadaan jadi makin rumit bila ada geiko yg cuba nak mengorat Hinoyama. bagi aku kisah diorang dah rosakkan the whole story sebabnya mood tu effect pada watak lain juga. Kenji yg mulanya macam sweet tu tetiba rasa annoying pula, Arare pula tak pasti lagi hubungan dia dengan Kenji bila Kenji asyik reject dia lepas dia luahkan perasaan.


at first aku tertarik nak tengok drama ni sebab lokasinya di Kyoto, aku suka sangat Kyoto sebab tempat dia memang cantik, drama ni ada juga selitkan budaya yg ada di Kyoto tapi bila kisahnya lebih fokus pada cinta, agak bosannya juga jalan ceritanya maybe dari awal lagi aku tak minat sangat dengan hero-hero dalam drama ni itu yg rasa kureng sikit..hihi

You Might Also Like

2 comments

Top Commentators