Novel | Orked Buat Hud

7:42 PM


Novel : Orked Buat Hud
Penulis : Sha Ibrahim
Helaian : 486
Penerbit : Idea Kreatif
Terbitan : Jun 2018


Orked buat Hud mengisahkan tentang Hud yg tidak mementingkan bab agama dan di bulan ramadhan tertangkap tak puasa oleh Orked, sejak hari tu memang Orked agak anti dengan Hud. Hud pula tak suka dengan Orked sebab mulut Orked yg agak laser. awal tu mereka selalu juga bergaduh tapi sampai satu saat tu, Hud tersuka dengan Orked dan mulalah nak pikat Orked.

firstly, aku suka dengan semua character dalam novel ni macam Orked nampak lasak tapi sangat unpredictable. Hud pula walaupun perangai macam hantu bak kata Orked tapi boleh nampak dia cuba belajar untuk berubah ke arah kebaikan. watak lain yg aku suka ialah Izwan, bestfriend Hud yg perangai hantu lebih kurang macam Hud juga tapi selalu support Hud dan banyak juga menceriakan keadaan.

walaupun permulaan cerita ni perangai memasing macam gila-gila sikit tapi novel ni banyak selit nilai islamik so ada few part yg aku rasa nak muhasabah diri sendiri juga. cerita dia  pun memang santai sangat, baca buku ni time mood membaca aku tengah menjunam memang pilihan yg tepat sebabnya tak payah nak pening dengan konflik yg berat.

You Might Also Like

3 comments

  1. seronok baca review novel ni,terus membayangkan hud dan orked tu mesti pasangan yang cute.

    ReplyDelete
  2. Bagus baca novel ada unsur keagamaan.sedikit sebanyak kita dapat muhasabah diri sekali.

    ReplyDelete

Top Commentators