Life On Mars

8:38 PM


Title : Life On Mars
Episode : 16
Duration : 65 minutes
Cast : Jung Kyung Ho, Park Sung Woong, Go Ah Sung, Oh Dae Hwan,
Noh Jong Hyun, Jung Hye Bin

[Trailer]



Life On Mars ialah drama yg diadaptasi dari UK series mengisahkan Han Tae Joo seorang anggota polis yg berkerja di bahagian forensic dan suatu hari Prosecutor Jung Seohyun meminta bantuannya untuk menyiasat semula Manicure Murder Case yg mana pembunuh ni sangat cekap tidak meninggalkan sebarang bukti jadi probability nak menyumbat suspek ke penjara sangat tipis.

Seohyun ni ex-girlfriend Han Tae Joo tapi hubungan mereka masih lagi baik, sebab tu Tae Joo setuju untuk tolong Seohyun. bila dia siasat semula kes ni, macam laporan sebelum ni tiada sebarang bukti yg dijumpai tapi ada sikit klu atau bukti yg tak berapa kuat untuk menyokong dakwaan Seohyun di mahkamah nanti.


Pada hari perbicaraan, Han Tae Joo dipanggil untuk bentangkan hasil siasat dia dan sebelum beredar dia menyatakan keraguan dia pada kes so sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan kes tersebut. Seohyun bengang sangat dengan TaeJoo sebab diorang dah susah payah nak tangkap pembunuh tapi terlepas macam tu je.

lebih memburukkan keadaan bila pembunuh tu culik Seohyun untuk balas dendam. Han Tae Joo rasa sangat bersalah dan dia turut membantu anggota polis lain untuk mencari Seohyun. malang tak berbau bila Han Tae Joo kena langgar semasa mengejar pembunuh.


sedar-sedar je cuba teka apa yg jadi pada Han Tae Joo, yeah dia dah travel back ke tahun 1988. ada surat yg menyatakan Han Tae Joo telah dipindah dari Seoul ke Insung. part ni bukan Han Tae Joo je tapi aku pun blur macam mana dia boleh dapat surat tersebut padahal dia dari tahun 2018.

walaupun Han Tae Joo dah penat berfikir, sudah penat untuk berteka-teki apa sebenarnya yg berlaku kepadanya, dia cuba sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan bekerjasama dengan Kapten Kang Dong Cheol, Lee Yonggi, Go Namsik dan Yoon Nayoung untuk selesaikan kes yg berlaku di situ dengan harapan dia boleh balik semula ke tahun 2018.


mood drama ni sebenarnya sangat serius tambah pula watak Han Tae Joo jenis tak berapa mesra, boleh nampak juga keadaan kat tempat kerja agak tegang sebab Han Tae Joo ada buat masalah sampai dia kena transfer ke bahagian forensic dan rakan sekerja yg lain pun tak sebulu dengan dia.

tapi bila travel ke tahun 1988, mood tu still serius tapi watak-watak lain tu sangat kelakar. Han Tae Joo selalu juga bergaduh dengan team ni terutamanya Kapten Kang sebab tak berkenan dengan cara mereka bekerja sebab Tae Joo ni jenis kalau nak dakwa orang mesti ada fakta dan bukti dan kukuh bukan sesedap hati ikut protokol sendiri macam Kapten Kang buat.

walaupun selalu bergaduh tapi Han Tae Joo dan Kapten Kang sebenarnya sangat take care to each other sampai ada terhutang nyawa tapi yg kelakar bila nak cakap terima kasih tu yg jadi awkward sebab dah selalu bergaduh tetiba nak touching, awkward sangat.


kalau aku jadi Han Tae Joo, aku akan rasa frust dan stress sebab tak tahu benda yg sedang dialami ni mimpi atau realiti atau semuanya sekadar halusinasi Tae Joo sebab dia boleh dengar suara doktor atau pembedahan yg sedang dilaluinya tapi jerit la macam mana pun mereka tak dapat dengar suara dia. dia punya stress ada la sampai satu tahap nak bunuh diri untuk keluar dari mimpi ini. nak tahu dia berjaya ke tidak kembali ke 2018 kena la tengok sebab ada connection antara 1988 dengan 2018.

bagi aku, plot drama Life On Mars memang best walaupun ada some part agak confusing tapi mostly watak dalam drama ni sangat kelakar, memang best la layan. ending pula, aku tak kisah pun apa pilihan Tae Joo asalkan dia bahagia sudah.

 -'The place you can live with a smile is your reality'-

You Might Also Like

5 comments

  1. boleh lah ni nak tengok. saya bukan selalu tengok kdrama ni, tapi review ni buat saya rasa nak tengok pulak hehehe

    ReplyDelete
  2. ada tengok tapi tengok part ending dia je la haha tak sangka dia pilih keputusan tu tapi kalau dia happy iolls pun happy :P

    ReplyDelete
  3. Baru nak start tengok.. Baca sinopsis macam emnarik.. lepas baca review Tiara ini terus rasa macam, ye drama nie kena tengok.. kikiki..

    ReplyDelete
  4. wooo hero dia ni hensem gak tapi tak ingat last tengok dia blakon citer apa tah yang kaya melampau tu hehehe..

    ReplyDelete

Top Commentators