Bpoop Phaeh Saniwaat

9:47 PM


 Title : Bpoop Phaeh Saniwaat
Also Known as : Love Destiny
Year :2018
Episodes : 15
Duration : 1 hour 45 minutes
Cast : Pope Thanawat, Bella Vanita, Punjan Kawin, Prang Kannarun


Bpoop Phaeh Saniwaat mengisahkan Karakade yg ditunangkan dengan Por Date kerana ayah mereka berkawan baik dan dia tinggal dengan keluarga Por Date selepas ayahnya meninggal. Semua penghuni di rumah itu termasuklah Por Date benci dengan Karakade disebabkan perangainya yg terlalu sombong. Por Date juga cari pelbagai alasan untuk tangguhkan perkahwinan mereka.

keputusan  Por Date yg selalu melengahkan tarikh perkahwinan menimbulkan rasa marah pada Karakade sehingga dia membuat rancangan untuk menbunuh seorang Mae Ying (cik muda) yg rapat dengan Por Date. rancangan Karakade gagal bila Mae Ying tersebut dapat diselamatkan manakala orang suruhan Mae Ying itu yg mati.

Por Date yakin semua ni kerja jahat Karakade tapi bila tanya biasalah orang buat jahat mana dia nak mengaku. untuk selesaikan perkara ni Por Date minta bapa dia guna Moon Mantra yg mana jika orang itu bersalah jampi ni akan buat orang tu menderita dan terus mati. kiranya Moon Mantra memang sangat power dan time jampi ni dibaca, Karakade perlahan-lahan berasa sakit  dan menderita dan waktu tengah sakit sempat la kot dia bertaubat.


in modern life, Kadesurang seorang archeologist yg memang minat dengan sejarah. hari terakhir di tapak projek mereka, kawan Kadesurang ajak buat kerja gila melawat tapak tu malam buta end up terjumpa dengan hantu Karakade. waktu lari dari situ, Kadesurang dan kawan dia kemalangan. kisah Kadesurang yg hidup di zaman moden berhenti kat sini saja sebab apa yg jadi lepas kemalangan akan tahu dalam episode 14. 

bila Kadesurang dah sedar lepas tu dia dah hidup dalam jasad Karakade. Karakade yg baru ni hidup di zaman moden dan sudah tentulah gaya cakap dan perangai pun berubah habis. orang sekeliling pun jadi pelik tengok Karakade berubah, ada yg cakap dia jadi gila kesan dari moon mantra tu.

hakikatnya bukan senang bagi Kadesurang untuk hidup sebagai Karakade bila semua orang dalam rumah tu benci sangat dengan Karakade tapi Kadesurang ni tak putus asa, dia cuba tunjukkan kat semua yg Karakade dah berubah.


Por Date dari awal memang benci dengan perangai Karakade sebab dia pernah nampak Karakade belasah orang suruhan. lepas kes moon mantra tu dia nampak perubahan pada Karakade dan mereka jadi makin rapat tapi bukan senang dia nak percaya yg Karakade dah berubah seratus peratus.

hubungan antara mereka dua jadi makin menarik bila ada satu insiden yg mana Por Date hampir mati lemas dan time tu Por Date nampak wajah sebenar Karakade iaitu Kadesurang. walaupun Karakade tak pernah dedahkan identiti dia tapi Por Date tahu yg Karakade baru ni orang lain so start dari sini dia mula percaya dan jatuh hati pada Karakade yg baru ni.


bila masuk period drama memang secara tak langsung akan relate dengan sejarah so drama ni bagus untuk orang yg nak tahu atau belajar sejarah zaman Ayuttaya. untuk aku pula bila masuk bab sejarah ni memang lemau la sikit lagipun heroin ni walaupun tahu banyak pasal kisah sejarah tapi dia tak cuba ubah apa-apa pun sebab tu aku rasa part ni tak penting sangat so aku banyak skip part politik untuk jimat masa.

ini first time aku tengok thai period drama (boran), bila dah tengok memang susah nak stop yg best lagi bila Pope dan Bella yg pegang watak utama omg their chemistry i really love it, sweet sangat. selain itu, benda yg aku suka pasal lakorn ni ialah mostly watak dalam drama ni sangat best dan menghiburkan dan jalan cite pun tak klise macam lakorn lain.

You Might Also Like

5 comments

  1. agak bosan lah kalau masuk sejarah ni tapi suka tengok pakaian/kostum zaman dulu-dulu. Unik dan cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kalau cite zaman dulu-dulu kostum semua memang cantik tak kisah la dari negara mana tapi yg thai punya seksi sikit tapi still cantu..hihi

      Delete
  2. nampak cantik penampilan citer ni.
    aida x pernah tgk drama bersiri thai :)

    ReplyDelete
  3. Kalau historical drama memang menarik..

    ReplyDelete

Top Commentators