Novel : Panahan Cinta Mr. Agoraphobia
Penulis : Suri Ryana
Muka Surat : 855
Penerbit : Suara Hati Publication
Terbitan : Mei 2018
Selepas kejadian kebakaran, Tuan Faleeq menghidap agoraphobia dan aktiviti dia selaku CEO syarikat agak terjejas sebab dia akan diserang panik bila berada di luar comfort zone dia jadi dia lebih selesa berkurung dan sibukkan diri dengan kerja. yg anehnya bila dengan Thalia a.k.a penyelamatnya, Tuan Faleeq ada menunjukkan perubahan positif dan keluarga Tuan Faleeq mahu menjodohkan mereka berdua dengan harapan Tuan Faleeq akan sembuh sepenuhnya.
untuk 400 muka surat pertama, point dia nak cite benda ni je tapi aku tak tahu apa benda yg dia melalut, memang rasa meleret dan payah benar nak habiskan separuh dari novel ni. fuhhhh~ lepas Tuan Faleeq dan Thalia kahwin baru rasa cite dia macam best sikit, baru nampak konflik best sikit, baru nampak Tuan Faleeq ada effort sikit nak lawan phobia dia.
ada watak antagonis yg dibawa masuk dalam novel tapi bagi aku macam tak berapa menjadi sangat. contohnya watak Hanee yg suka giler pada Tuan Faleeq, watak dia seriusly sangat annoying tapi itulah macam tak bersungguh. bila kerja jahat yg Hanee buat kantoi, dia ada cakap nak balas dendam so aku tunggu juga apa lagi yg minah ni nak buat tapi sampai kesudah watak dia hilang macam tu je. ok maybe aku yg salah baca kot.
yg hero memula beku dan kerek sangat tetiba bertukar romantik maybe banyak makan gula kot lepas kahwin tertiba terlebih ayat manis yg keluar. oh please la wei, orang lain maybe rasa sweet kot tapi aku dah malas nak feeling baca novel ni..haha
so kesimpulannya, aku beli novel ni sebab tertarik dengan cover dan sipnosis dia tapi isi dalam novel ni tak begitu memuaskan hati aku.