Novel | Lelaki Itu Dia

7:56 PM

(PNM e-Reader)

Novel : Lelaki Itu Dia
Penulis : Aleya Aneesa
Muka Surat : 640
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : April 2015


SIPNOSIS

Berkali-kali pandang, hati tak terpaut. Makannya laju. Mandinya basah. Yang celaru, hanya tidurnya. Hilang lena bila kerap diganggu.

"Saya nak abang. Saya doa mimpi kita sama. Sanding pakai baju pink."

Bila doa jadi nyata, Thaqif kalut. Shana yang entah turun dari planet mana itu, lambang haru-biru. Sekelip mata, dunianya yang serona, bagaikan berpelangi.

Baginya, itu gila! Tapi Thaqif tak mahu gopoh, biar macam tarik rambut dalam tepung. Lalu, strategi dirangka. Diamnya bukan tak berisi, tapi diam-diam ubi.

Dan Shana, tak kisah pun. Hatinya sudah imun. Cukuplah sekali putus tunang. Bila wujudnya tak dipandang, sakitnya diheret ke mana-mana.

Cumanya, bila takdir berbeza, perancangan jadi sasar 360 darjah. Mampukah ikatan bertahan, sedang rahsia demi rahsia menggoyahkan kepercayaan?


REVIEW

Perkenalan antara Shana dan Thaqif sangat kelakar dan comel. mula tu aku tak berapa suka juga dengan Shana dah macam awat yg minah ni tergedik sangat kejar mamat ni tapi bila rahsia Shana terbongkar haru jadinya bila Thaqif pula paksa Shana untuk kahwin dengan dia. suka dengan watak Thaqif, watak hero yg tipikal dalam novel Aleya Aneesa.

aku suka isu kekeluargaan dalam novel ni. family Thaqif ni sangat rapat manakala Shana pula ada problem dengan ayah dan adik dia tapi air dicincang memang takkan putus, benci macam mana pun Haidar dengan Shana takkan nak tengok hidup darah daging sendiri musnah. bila baca part ni mata aku banyak masuk habuk sikit..hihi

sebenarnya watak Shana ni watak antagonis dalam novel Cintaku Bukan Murah (tak baca lagi novel ni) dan penulis kembangkan watak tu dalam novel Lelaki Itu Dia. interesting juga bila heroin ada masa lampau yg buruk tapi semua orang berhak untuk dapat peluang kedua kalau dia betul-betul insaf dan nak berubah.

You Might Also Like

8 comments

  1. Macam best jea novel nie, nanti nak tanya member opis la..

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. semua orang berhak dapat peluang kedua kalau mereka betul-betul nak beubah kan Tiara..

    ReplyDelete
  3. jarang penulis buat watak yang dark untuk heroin selalunya angelic girl next door je. Nak try lah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..selalu hero je jahat, heroin pula kena sesuci dalam debu..hihi

      Delete

Top Commentators