Repeat : 10 Months Which Changes Fate

2:14 PM


Title :  Repeat : 10 Months Which Changes Fate
Episodes : 10
Running Time : 45 minutes
Cast : Shihori Kanjiya, Kanata Hongo, Gori


Repeat mengisahkan Ayumi Syinozaki yg bekerja sebagai librarian, suatu hari dia mendapat panggilan daripada seorang lelaki yg mengatakan sejam kemudian kejadian gempa bumi akan berlaku dan selepas sejam kejadian tersebut benar terjadi.

lelaki tersebut menghubungi Ayumi semula dan memperkenalkan dirinya sebagai Kazama dan mempelawa Ayumi untuk berjumpa jika dia percaya dengan apa yg disampaikan oleh Kazama.


Selain Ayumi, terdapat tujuh orang lain yg turut menyertai perjumpaan tersebut. Kazama memperkenalkan diri dan memberitahu mereka dia boleh travel ke masa lalu tapi limit masa yg mereka boleh pergi cuma 10 bulan sahaja  dan dia memanggil special experience ni sebagai 'Repeat'.

Mereka dijemput untuk menyertai Repeat jika ingin mengubah nasib mereka dan bila wang yg menjadi taruhan dan tentu masing-masing makin berminat untuk join experience ni tapi Kazama menerangkan tentang rule yg perlu mereka patuhi dan paling penting Repeat ini adalah rahsia.


Ayumi pada mulanya tidak mahu menyertai Repeat sebab dia dah rasa bahagia dengan hidup dia walaupun tak kaya tapi dia ada boyfriend dan assume bakal dilamar oleh encik boyfriend dia tapi lain pula yg berlaku bila mamat tu sebenarnya nak putus dengan dia. Ayumi terus ubah fikiran untuk join Repeat.


Mouri ni pekerja part time di bar dan dia join repeat ni untuk jadi lebih kaya tapi tujuan sebenarnya adalah nak breakup ataupun avoid daripada girlfriend dia yg kaya dan muka innocent ni tapi sebenarnya ya ampun psiko yg amat, bila scene minah ni aku memang rasa creepy sangat sebab dia punya tahap psiko tu memang mental habis tu.


Tendo ni paling relaks sekali, awal tu memasing ingat dia join untuk suka-suka saja tapi sebenarnya Tendo join Repeat ni untuk selamatkan anak dia yg mati dalam kemalangan.

Ayumi, Mouri dan Tendo rapat dari mula mereka join Repeat, mereka selalu berjumpa dan selesaikan masalah bersama. apabila seorang demi seorang daripada geng repeat ni mula ditimpa malang, Ayumi, Mouri dan Tendo sedar yg mereka menjadi target seseorang.


bagi aku drama ni very interesting sebab selalunya drama yg konsep time travel dia buat kerja sorang-sorang tapi yg ni depa pi berjemaah. dari first episode aku memang tak percaya langsung dengan Kazama ni, apa motif dia ajak mereka ni join Repeat dan kenapa mereka ni yg terpilih macam menipu sangat la bila dia bagitahu benda tu random dan just nak sharing experience.

mostly yg join Repeat ni mereka cuma nak hidup mereka lebih bahagia tapi sebenarnya banyak benda yg unexpected terjadi lagi-lagi bila nyawa mereka pun dalam bahaya. aku rasa susah nak percaya each one of them yg join Repeat sebab ada di kalangan mereka yg punya motif tak baik langsung. aku pun tak tahu ending Repeat ni macam mana sebab drama ni still ongoing dan last episode next week, ok one more episode.

You Might Also Like

3 comments

  1. menarik ni utk ditonton...boleh letak dlm list ni..lagipun tak lama 10 episod jer kan

    ReplyDelete
  2. sebab tendo tu handsome and jalan cerita dia menarik, sekarang jugak nak download :D

    ReplyDelete
  3. Uish.. menaik ini.. Kita tunggu habis dulu baru tengok..

    ReplyDelete

Top Commentators