While You Were Sleeping

8:20 PM


Hai semua..agak lama juga aku tak update blog ni dengan review pasal drama. sebenarnya banyak problem melanda diri lately ni so mood nak tengok drama macam slow sikit dan mood nak menulis dah ke laut. no more pikir benda yg tak menyenangkan hati so aku nak review drama yg baru aku habis tengok, While You Were Sleeping lakonan Lee Jong Suk dan Bae Suzy.


Drama ni mengisahkan Nam Hong Joo (Bae Suzy) yg boleh melihat masa depan orang lain termasuklah kematian seseorang melalui mimpi. Suatu hari, Hongjoo bermimpi melihat kematian ibunya dan Hongjoo sangat sedih dan takut jika mimpi dia menjadi kenyataan. Hongjoo sangat rapat dengan ibunya sejak kematian ayahnya dan dia tidak dapat memaafkan dirinya jika perkara tersebut betul-betul berlaku. 


Manakala Jung Jae Chan (Lee Jong Suk) pula baru bekerja sebagai pendakwaraya dan menjadi jiran baru Hongjoo. Suatu hari, Jaechan bermimpi mengenai kematian ibu Hongjoo menyebabkan Hongjoo membunuh diri. Jaechan merasakan mimpinya sangat real dan mengambil keputusan untuk menghalang perkara tersebut berlaku.


Lee Yoobeom ialah kekasih Hongjoo dan dia bekerja sebagai penguam. Yoobeom ada sejarah dengan Jaechan yg menyebabkan Jaechan tak suka dengan dia. Bila Jaechan menyelamat Hongjoo untuk mengelakkan mimpi dia menjadi kenyataan, Yoobeom sangat marah pada Jaechan kerana sengaja cari pasal dengan dia tetapi Hongjoo pula anggap Jaechan sebagai penyelamat dia dan percaya dengan mimpi Jaechan.


so far dalam drama ni, aku paling suka sekali dengan Han Woo Tak, dia ni pernah muncul dalam drama Goblin. Han Woo Tak seorang polis dan dia ni hampir menjadi mangsa Lee Yoo Beom tetapi disebabkan Jaechan dah selamatkan keadaan, Woo Tak pun selamat. disebabkan peristiwa tersebut juga Woo Tak boleh melihat future melalui mimpi dia.


pendek cakap, Hongjoo, Jaechan dan Woo Tak boleh mimpi tentang perkara yg berlaku in future. jika sebelum ni mimpi Hongjoo 100% tepat tapi tidak lagi sejak bertemu Jaechan dan Woo Tak.

sejujurnya mood aku untuk aku tengok drama agak slow bangat, selalunya boleh habiskan satu drama dalam beberapa hari saja tapi sekarang beminggu nak habiskan satu drama . tambahan pula format baru drama korea sekarang dah jadi 32 episod so i rasa macam banyak giler nak habiskan hakikatnya still lagi 16 episode..haha



berbalik pada drama While You Were Sleeping, aku suka dengan drama ni, skrip yg bagus dan storyline yg menarik. pada episode awal-awal aku macam confius dengan peristiswa yg berlaku  sama ada mimpi ataupun itu memang reality. tapi bila follow flow drama ni baru boleh faham cerita sebenarnya.

drama ni juga fokus pada topik law, prosecutor, lawyer bukan mengenai corruption macam yg biasa kita tengok dalam kdrama yg lain tapi prosecutor yg cuba menyelesaikan kes dengan teliti dalam mencari kebenaran dan juga lawyer yg mahu menang sehingga sanggup memutar belit fakta sebenar.


selain itu, aku suka pelakon-pelakon dalam drama ni, setiap pelakon ada character yg tersendiri dan mereka bawa dengan baik sekali walaupun peranan mereka sikit saja tapi impak dia sangat kuat pada storyline drama ni. banyak juga pelakon yg jadi cameo dalam drama ni antaranya Lee Sung Kyung, Yoon Gyun Sang dan ramai lagi.

kesimpulan drama ni memang best untuk ditonton, ada part happy, sedih, saspens dan kadang kelakar terutama bila Jaechan jealous dan cuba nak jadi cute tapi aku lagi suka tengok Han Woo Tak yg sentiasa tenang. banyak juga plot twist yg ada dalam drama ni dan kadang tu aku macam tak sangka langsung lebih-lebih lagi episode akhir-akhir tu.

You Might Also Like

4 comments

Top Commentators