Morrasoom Sawaat

8:22 PM


Morrasoom Sawat (Love Debt) drama thailand yg ditayangkan pada 2016 dan dilakonkan oleh pasangan Weir-Praew. Drama ni ada 16 episode kesemuanya.


Kwang (Preaw Tasaneeya) berasal dari keluarga aristocrat yg kaya. namun begitu banyak masalah yg berlaku dalam keluarganya. Wor, kakak Kwang sering bergaduh dengan ibu tirinya dan tidak dapat menerima kehadiran adik tirinya yg lain. berbeza pula dengan Kwang, dia menerima kehadiran mereka dengan ikhlas dan Kwang ni mempunyai perwatakan yg naif, baik hati dan suka menolong orang yg dalam kesusahan.

Phu (Weir Sukkolawat) mempunyai business dalam bidang construction namun begitu terdapat rumor mengatakan dia adalah ketua mafia. the truth is memang dia bekas mafia dan ayah Phu ketua mafia. Phu mahu memulakan hidup baru namun seperti sukar bila pengikutnya masih lagi setia menjaga keselamatannya dan tidak lepas orang yg mahu membalas dendam kepadanya kerana kekejaman bapanya dulu.


Pertemuan mereka bermula bila Kwang mengutip derma untuk membantu owner Thai Art Gallery dan Phu menyangka Kwang cuba menipu. namun begitu dia tetap memberi derma kepada Kwang. Kwang terkejut apabila melihat jumlah wang yg terdapat pada cek tersebut. untuk membalas budi Phu, Kwang menghantar sebuah lukisan dan surat sebagai ucapan penghargaan dan dari surat tersebut juga Phu mula jatuh hati dengan Kwang.


dipendekkan cerita, keadaan menjadi teruk bila ayah Kwang bankrupt dan ayah dia menghilangkan diri dan kakaknya pula pergi sambung belajar di luar negara. Kwang mengambil alih untuk menjaga ahli keluarga dia yg lain. di samping itu, Phu juga turut membantu dan memberi sokongan kepada Kwang. Namun begitu, hubungan antara Kwang dan Phu tidak kekal lama bila watak jahat memainkan peranan. berlaku salah faham hingga mereka berpisah.

Drama ni bertambah menarik bila Phu dan Kwang bertemu semula selepas lima tahun. Phu masih marah dan berdendam dengan Kwang tetapi apabila mengetahui cerita yg sebenar, Phu rasa menyesal dengan perbuatannya terhadap Kwang hingga menyebabkan hidup Kwang merempat. Phu dalam diam cuba membantu Kwang dan membaiki semula hubungan mereka.


aku pernah tengok Weir ni berlakon dalam drama Lah Ruk Sut Kob Fah. watak dia dalam drama tu memang gentleman habis tapi dalam drama ni sangat bad bad boy memang kontra sangat dengan heroin dalam citer ni yg jenis baik hati dan naif sangat. walaupun gap umur antara Phu dan Kwang agak jauh tapi aku suka tengok chemistry antara mereka dua ni memang comel kot dan seriusly suka sangat couple ni.

dari segi jalan cerita pula ok la sebab pelakon drama ni memang best tapi banyak sangat konflik dan part yg annoying, so malas nak panjangkan entry ni. normal la drama thai terlalu banyak konflik dan kadang rasa macam bosan juga pusing pi pusing mai kot tu juga.

You Might Also Like

3 comments

  1. alahai.. macam bestnyaa.. Nurul pun kaki drama jugak >.<"

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak tengok drama thailand ni .
    Jemput ke story CCL
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2017/08/rezeki-top-commentor-blogger-shikin.html

    ReplyDelete
  3. Macam menarik sinopsis tu.. lama tak tengok cita thailand...

    ReplyDelete

Top Commentators