My Addiction

12:08 AM


Hai..minggu ni nak update blog tapi yeaah tak tahu nak tulis pasal apa. tak ada drama baru yg aku tengok dan bukan dalam mood untuk search drama baru. so kalau korang rasa ada drama best silalah recommend untuk aku tak kisah la drama dari negara mana pun.

My Addiction This Week:

1. Drama Turki.


Dolunay dan Atesbocegi drama Turki yg aku follow dan minggu ni aku stop tengok bukan tak best tapi malas nak follow everyweek. probability drama tu lebih dari 20 episode sangat tinggi, jarang aku jumpa drama turki yg pendek. walaupun panjang nak juga tengok sebab hero-hero drama Turki ni sangat hensem. kalau tengok tu tak sah la kalau tak cair..haha. tak tengok pun rajin dok baca update dari peminat drama ni.


bila ada masa aku sambung balik tengok Cherry Season (Kiraz Mevsimi) still la tak boleh nak habiskan sebab masalah subtitles yg belum selesai. aku suka sangat tengok ayaz dan oyku dalam drama ni dan aku baru tahu mereka ni couple in real life patutlah chemistry antara mereka dua sangat daebak.

2. Skincare.

ok masuk bab skincare, selain cuci muka aku memang jarang pakai mosturizer or toner. tak ingat last pakai benda ni, kadang je pakai krim malam dan bila rajin pakai mask. aku ada masalah kulit yg berminyak kt bahagian t-zone dan mosturizer yg aku pakai tak membantu langsung itu yg malas nak pakai mosturizer belum jumpa yg sesuai.



lately ni memang agak concern pasal benda ni banyak juga search pasal skincare dan aku ada jumpa tips macam mana orang korea jaga kulit muka dorang dan banyak positive feedback dari orang yg follow routine ni. so aku tanam azam baru untuk try follow 10 Step Korean Skincare Routine. 

Laneige Water Sleeping Mask

Laneige Water Bank Gel Cream.

dalam proses nak mengumpul skincare sikit sedikit dan wishlist aku nak pakai Laneige, dah lama nak guna tapi bila pikir harga dia macam sayang sangat nak keluarkan duit tapi still la tergoda nak beli barang Laneige. so far aku guna Laneige Water Sleeping Mask since tahun lepas, memang best sangat pakai mask Laneige ni dan itu yg yakin sangat nak try skincare dia yg lain pula dan yeaaahh happy sangat hari ni dah dapat Laneige Water Bank Gel Cream plus free gifts. sangat excited untuk try gel cream ni.

3. Linkin Park 'One More Light'


lastly pasal Linkin Park, terkejut dan sedih kot bila dengar pasal news terbaru dari dorang. zaman sekolah dulu memang minat sangat dengan Linkin Park. still tak boleh nak move on dan asyik repeat dengar lagu dari album One More Light. my favourite songs dalam album ni; Nobody Can Save Me, Battle Symphony, Good Goodbye dan Heavy. 

You Might Also Like

16 comments

  1. Wewittt, pakai Laneige tuuuu. Lepas ni lawa macam Song Hye Kyo ler..hihi

    ReplyDelete
  2. tak semua jejaka Turki handsome...kalau handsome dulu dah Umi tangkap bawak balik..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak sume laki turki hensem. maksud kte hero drama dorg tu hensem sgt..hihi

      Delete
  3. wauu.. leneige gituu.. have a nice day babe..

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi try leneige sebab mahal. takut jugak. Part Chester tu paling sedih sebab idola dari dulu. tak sangka dia pergi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..dahla lama tak update pasal LP tetiba dgr cite gini mmg sedih sgt :(

      Delete
  5. fuhh anis teringin jugak nak try 10 steps tu, tapi tu la diri ni malas sangat =='

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikutkan mmg malas tp kena rajinkan diri sendiri juga kalau nak kulit cantik 😉

      Delete
  6. nak tanya. tengok cerita kiraz mevsimi tu kat mana eh? yg ada subtitles huhuhu. best sgt kan cerita tu. suka hero dgn heroin hensem dan lawa lagipun suka jugak dgn suara heroin dia bila dia cakap hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. join fb group..lupa pula nama group tu try la search kiraz mevsimi/cherry season tp dorg baru sub sampai ep12.

      Delete
  7. Rabia pakai moisturezer dgn pelembab...sbb kulit kering kan.kalau pakai ni mmg nampak cantik je kulit..wah patut cantik kulit akak

    ReplyDelete
  8. Fewitt laneige tu. But korean skincare memang bagus and the price is much cheaper than japanese skincare

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan maybe terpengaruh dengan pelakon korea tengok kulit dorg cantik sangat..hihi

      Delete

Bloglist

Top Commentators