Circle

3:46 PM


CIRCLE: TWO WORLDS CONNECTED

Circle adalah drama korea pertama yg berkonsepkan science fiction. Drama ini ada 12 episode kesemuanya dan story dalam drama ni dibahagikan kepada dua bahagian untuk setiap episode iaitu Beta Project yg berlaku pada tahun 2017 dan Brave New World yg berlatarkan tahun 2037.

PART 1 : 2017 - Beta Project


Mengisahkan tentang twin brother iaitu Kim Woo Jin (Yeo Jin Goo) dan Kim Bum Gyun (Ahn Woo Yeon) yg ternampak alien sewaktu kecil. Woojin pelajar university manakala Bumgyun terlalu obsess untuk menangkap alien kerana Bumgyun percaya alien tersebut menyebabkan ayah mereka menghilangkan diri.

Suatu hari, Woojin dan Bumgyun berselisih pendapat dan Bumgyung hilang tanpa dapat dikesan. Woojin cuba mencari abangnya dan juga menyiasat tentang alien tersebut.

PART 2 : 2037 - A Brave New World


Pada tahun 2037, bumi terbahagi kepada dua iaitu Smart Earth dan Normal Earth. Normal Earth mempunyai pencemaran dan ramai manusia telah berpindah ke Smart Earth. Smart Earth tempat di mana bebas dari sebarang jenayah dan mereka yg ingin masuk ke Smart Earth perlu memakai cip bagi mengawal emosi.

Kim Joo Hyuk (Kim Kang Woo) detektif di Normal Earth ingin masuk ke Smart Earth untuk menyiasat kes penculikan yg dilaporkan berlaku di situ. Mayor Smart Earth terpaksa membenarkan Joohyuk masuk ke Smart Earth bagi mengelakkan reputasi Smart Earth yg kononnya bebas jenayah itu daripada terjejas.


so curious kan nak tahu apa kaitan antara antara dua dunia ni? first episode pun dah rasa tak senang duduk, stress wei nak tahu the whole story terutamanya watak Gong Seungyeon ni, betul ke dia ni alien ataupun pelajar university yg bernama Han Jungyeon. nasiblah start tengok lepas drama ni tamat boleh terus marathon  je..hehe


mulanya drama ni memang tak masuk dalam list tapi bila kawan asyik mention pasal drama ni memang mengamit jiwa untuk try layan. ok seriusly drama ni memang brilliant, sangat unik dan lain dari kdrama yg biasa kita tengok. kadang rasa macam tak cukup nafas tengok drama ni sebab saspen sangat dan pelakon dalam drama ni memang superb terutamanya Gong Seungyeon yg pegang tiga watak dalam drama ni. highly recommend!

You Might Also Like

2 comments

  1. baru layan episod dua cite ni, mmg drama ni unik dan lain dari yg lain..

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators