Novel Manisnya Souffle

11:11 PM


Novel : Manisnya Souffle
Penulis : Dila Dyna
Muka Surat : 576
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : April 2017

SIPNOSIS

Saat kecewa dikhianati teman lelaki dan teman baik sendiri, muncul seorang lelaki misteri yang berjaya mengubat lara di hati Mia Aizara hanya dengan sepiring soufflé yang manisnya hingga kini masih terasa. Dua tahun kemudian, ‘Paris Hilton Malaysia’ itu kembali. Seorang gadis muda yang menjadi pewaris kepada empayar hotel milik keluarganya. Sekembalinya dia di situ mempertemukan dia dengan seorang chef, Zafeeq Aidan. Satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan kehidupan ‘diva’nya tunggang-langgang. Maruahnya tercalar, egonya terguris.

“I bos dekat sini! Lantai restoran yang you pijak ni semuanya atas penguasaan I. I’m the boss here, not you! Kalau you masih tak puas hati, dipersilakan angkat kaki dan berhambus dari sini!” – Zafeeq

“You… did you just talk back to me?!” – Mia

Hari demi hari membuatkan kedua-duanya kian rapat dan akhirnya kata cinta terluah di bibir masing-masing. Namun, sebuah ‘rahsia’ yang telah tersimpan sekian lama memburukkan keadaan dan peristiwa demi peristiwa menimpa Mia membuatkan dia kian lelah hinggalah akhirnya….

“Kita berpisah.” – Zafeeq

“I doakan you takkan bahagia selamanya Zaf!” – Mia

Air mata menjadi sahabat setia. Luka yang terobek tak mampu lagi diubati. Lantas kakinya melangkah panjang meninggalkan semuanya. Adakah ini pengakhiran kisah mereka? Kisah yang hadirnya ibarat mimpi yang tak pernah dia dambakan.

“Datangnya kau ibarat mimpi yang tak pernah aku dambakan

REVIEW

novel ni tak terlalu berat, tak terlalu banyak konflik yg annoying. banyak kisah yg berlaku dalam hidup Mia untuk buat watak dia makin kuat dan berubah untuk jadi lebih baik. dari anak orang kaya yg berlagak diva dia berubah jadi seorang yg lebih tabah dan berdikari. 

watak Zaf pula seorang yg low profile dan kerana kerjayanya sebagai chef, Zaf sering diperlekeh oleh Mia walaupun hakikatnya yg Mia tak tahu keluarga Zaf juga setaraf keluarga Mia. banyak babak-babak gaduh sweet mereka sebelum kedua-duanya mengaku cinta dan ada juga gangguan dari orang ketiga tapi itu antara penyebab hubungan mereka bertambah rapat.

kisah mereka lepas berkahwin aku rasa meleret dan bosan sedikit. mungkin disebabkan terlalu fokus kepada hubungan mereka berdua kalau nak dibanding sebelum berkahwin banyak watak yg mainkan peranan untuk menyerikan penceritaan dalam novel ni. apa-apa pun still enjoy layan novel ni.

You Might Also Like

1 comments

  1. jom join GA ni. Dapat gambar polaroid free free je. http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/05/giveaway-july-2017.html

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators