Kon La Kob Fah

8:33 PM


Kon La Kob Fah/Khon La Khob Fah
คนละขอบฟ้า
Different Lines of Horizon

Chanika segera pulang dari Amerika apabila mengetahui ayahnya terlantar sakit di hospital. Apabila pulang dia mendapat tahu syarikat ayahnya telah muflis dan Chanika perlu mencari duit untuk rawatan ayahnya. Kawan baiknya, San cuba membantu Chanika dengan mendapat kerja daripada sepupunya Chinapat dan San turut merayu untuk memberi gaji yg besar untuk membolehkan Chanika menanggung kos rawatan ayahnya.

Chinapat adalah pemilik ladang getah, sikapnya yg panas baran membuat Chanika selalu bergaduh dengan majikannya ditambah pula pelbagai gosip buruk mengenai lelaki itu membuat Chanika selalu berwaspada dengan Chanipat.

Untuk mengelak perkhawinan yg bakal diatur ibunya dengan anak kawan baik ibunya, Chanipat membuat tawaran kepada Chanika untuk menjadi isterinya dan dia juga bersetuju untuk membayar sejumlah wang yg besar.



aku cari la sipnosis dia tapi tak jumpa langsung so try je la tengok tanpa tahu drama ni pasal apa. Nasib baik best dan aku suka hero dan heroin drama ni, itu yg penting sebab kalau tengok drama bila rasa menyampah dengan watak utama terus rasa malas nak tengok..hahaha. Heroin drama ni, aku tak tahu samada mekap mata atau style rambut dia tapi dia nampak macam Sandara Park sikit.

konflik dalam drama ni:

Chanipat-Siri-Pantong

Alkisahnya Chanipat dan Pantong ni best friend dari kecil, kemudiannya Pantong jatuh cinta dengan Siri dan mereka decide untuk kahwin. Suatu hari, Siri bunuh diri dan dia tinggal surat yg tulis dia bunuh diri sebab malu dengan perbuatan Chanipat padanya sehingga menyebabkan Siri pregnat. Disebabkan surat tersebut hubungan mereka berdua terus bertukar menjadi musuh.

Apabila Pantong berkenalan dengan Chanika dan tahu gadis itu bekerja dengan Chanipat dia beri amaran tentang perangai sebenar Chanipat dan pada masa yg Pantong juga telah jatuh hati pada Chanika dan dia tidak mahu sejarah yg sama berulang pada Chanika. So persoalannya apa yg jadi antara Siri dan Chanipat dan betul ke Chanipat buat benda tak senonoh tu.

Chanika-San

Chanika dan San kawan baik dan juga teman serumah di Amerika tapi apabila lelaki yg San suka dalam diam iaitu Pat menjadi kekasih Chanika, San mula menyimpan dendam pada Chanika. Apabila Chanika pulang ke Thailand, kesempatan tersebut digunakan sebaik mungkin untuk mengeruhkan hubungan antara Chanika dan Pat sehingga mereka putus seterusnya menggoda Pat.

Jenis kawan makan kawan memang annoying tapi bila si San ni sakit hati dengan Chanika sebab laki macam Pat aku macam seriusly kau sakit hati dengan member kau sebab laki yg rupa tak seberapa ni??? kalau muka kalah hero aku paham juga why diorang suka laki yg sama. 


kesimpulannya drama ini nak bagitau yg orang nampak baik tak semestinya baik dan orang yg nampak jahat tak semestinya jahat. So kalau rasa dah lama tak layan lakorn try la tengok citer ni lagipun drama ini masih baru dan baru habis tayang awal tahun ni.

You Might Also Like

0 comments

Bloglist

Top Commentators