Naked Fireman

11:33 PM


Kang Chul So seorang ahli bomba dan suatu hari seorang kenalan rapatnya telah jatuh sakit dan memerlukan wang untuk rawatan. Chul So tanpa berpikir panjang terus menerima tawaran untuk menjadi nude model untuk seorang anak orang kaya.

Han Jin-ah ialah orang yg mencari nude model itu dan tujuan utamanya adalah untuk mencari lelaki yg mempunyai parut di bahagian belakang. Jin-ah yakin lelaki tersebut penyebab utama kematian kedua ibu bapanya pada 10 tahun yg lalu.

Kerana syak wasangka itu, tanpa Jin-ah sedar dia telah meletakkan diri Chul-so dalam bahaya dan menjadi sasaran utama pembunuh sebenar.

Lee Joon Hyuk
Kang Chul Soo

Jung In Sun
Han Jin Ah

Drama ni sangat pendek ada 4 episode, baru cakap nak tunggu drama ni habis tayang sekali dah habis pun so terus tengok je la. Agak saspen juga la nak tahu pembunuh sebenar tapi disebabkan aku tertengok dekat tv buka pula betul-betul part dia bagitahu siapa pembunuhnya so kurang rasa saspen tapi still curious kenapa Chul-so tu boleh terlibat sekali. Selalunya drama korea yg pendek macam ni memang tak puas tengok lagi-lagi bila dah tersuka dekat hero dan heroin dia. comel sangat. suka ending dia tapi tak puas hati sebab pendek sangat drama ni.

You Might Also Like

2 comments

  1. ada tengok sikit drama ni, tapi tak berapa minat plak hehehe

    ReplyDelete
  2. Owh.. pendek je..
    Nak carilah.. thanks sharing..

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators