Juken no Cinderella

8:35 PM


Juken no Cinderella
Examination's Cinderella

Haruna Kawaguichi
Maki Endo

Maki Endo berasal dari keluarga miskin dan juga pelajar sekolah menengah. Maki melakukan pelbagai kerja sambilan kerana dia mempunyai impian untuk mengumpul wang dan keluar dari rumahnya. Ini kerana hubungan Maki dengan ibunya tidak begitu baik dan dia merasakan ibunya adalah penyebab ayahnya tinggalkan mereka. Guru kelasnya meminta Maki untuk menjawab semula kertas ujian dan jika dia masih gagal berkemungkinan besar dia terpaksa berhenti.

Kotaru Koizumi
Tooru Igarashi

Tooru Igarashi seorang tutor terkenal yg membimbing pelajar untuk memasuki Todai (Tokyo Universiti). Igarashi kemudian semakin hilang minat untuk mengajar dan banyak menghabiskan wang dengan berjoli.


Suatu malam, Igarashi datang ke rumah Maki dalam keadaan mabuk untuk mencari Toko (ex-wife).  apabila tersedar, ibu Maki cuba menipu Igarashi untuk mendapatkan wang tapi Maki memarahi ibunya. Maki tahu Igarashi adalah tutor dan dia meminta bantuan daripada Igarashi mengajarnya. Selepas mendengar alasan Maki, Igarashi bersetuju untuk menolong Maki.


Selepas bertungkus lumus Maki lulus dalam ujian tersebut tapi kegembiraannya tidak lama apabila kawan baiknya, Kazuya Murai ditangkap polis. Maki merasakan impiannya hanya sia-sia walaupun dia berkerja keras dan Maki mahu melupakan niatnya untuk belajar.


Igarashi juga turut mempunyai masalah di tempat kerja. kawannya merangkap partner, Shuichi Kimura bertindak mengantikan kelasnya dengan tutor yg lain. Geram dikhianati kawannya, Igarashi mahu membimbing dan mencabar Maki untuk memasuki Todai. Walaupun merasakan perkara tersebut adalah mustahil, Maki bersetuju dengan cabaran Igarashi.


Selepas kemalangan kecil kawannya, Junichi Komiya yg juga seorang doktor beritahu Igarashi ada brain tumor. Igarashi tidak rasa terkejut kerana dia sudah tahu dua bulan sebelum itu dan tindakan Igarashi yg berjoli juga adalah untuk melupakan penyakitnya. Igarashi tahu dia mempunyai tempoh setahun lagi untuk hidup dan membuat pelbagai perancangan antaranya membimbing Maki untuk masuk ke Todai.


Dalam drama ini, aku suka dengan Igarashi sensei cara dia explain buat study tu nampak senang dan menarik walaupun kadang tu tak paham apa benda yg dia bebel dan terpikir juga kenapa la time study dulu tak ada cikgu macam ni kalau tak mesti bersemangat nak belajar..hehe drama ni memang kelakar tapi part yg tak best sensei ni sakit, aku still lagi tak tengok last episode sebab tak nak tahu apa jadi dengan sensei ni..huhu

You Might Also Like

0 comments

Bloglist

Top Commentators