One Percent of Something

11:14 PM


Lee Jae In good looking, smart dan datang dari keluarga berada, sikap Lee Jae In yg arrogant tidak disenangi oleh orang bawahannya. Suatu hari, datuknya menulis wasiat supaya Lee Jae In berkahwin dengan Kim Da Hyun, wanita pilihan datuknya untuk mewarisi aset keluarganya. Jika dia menolak wasiat itu, peluang tersebut akan diberikan kepada sepupunya, Min Taeha.

Enggan melihat sepupunya mewarisi harta datuknya, Lee Jae In pergi berjumpa Kim Da Hyun untuk bertanya kenapa wanita tersebut dipilih sendiri oleh datuknya. Kim Da Hyun yg juga guru sekolah rendah terkejut menerima kedatangan Lee Jae In dan dia menegaskan tidak tahu dan langsung tidak mengenali datuk Lee Jae In.

Walaupun pada awalnya Kim Da Hyun tidak bersetuju dengan wasiat tersebut namun akhirnya dia bersetuju untuk menulis kontrak yg mana dia akan menjadi kekasih Lee Jae In selama 6 bulan.


Sebenarnya drama ni remake dari drama One Percent of Anything (2003), kalau nak compare dengan versi asal tak tahu lah sebab aku tak tengok. bagi aku, drama ni sangat simple dan tak banyak konflik. walaupun aku kurang suka starting dia sebab cliche macam drama lain tapi makin lama makin best pula layan drama ni..hehe.

You Might Also Like

1 comments

  1. I tengok juga drama ni.. eps 7 ke atas dah start best sangat! hehe :)

    ReplyDelete

Bloglist

Blog Archive

Top Commentators