Isteri Tuan Ihsan

11:02 PM


Seroja Irdina gadis berusia 24 tahun dan dibesarkan di kota. Kunjungan ke kelab malam adalah untuk berhibur bersama teman-teman. Demi melindungi rasa sedih Seroja berlagak berani dan lantang bersuara tetapi yg pasti dia sangat nakal, manja dan keras kepala.

Tuan Ihsan Iskandar kerana keliru antara cinta dan persahabatan, dia pergi jauh membawa hati yg kecewa dan membina kehidupan di kota London. Tumpuannya hanya pada kerjaya dan tak pernah terlintas untuk menjalinkan cinta.

Ihsan kembali ke Malaysia demi menunaikan satu amanah iaitu Seroja, gadis yg dipohon untuk dijaga olehnya selepas ibu Seroja meninggal dunia. Ibu Seroja, Imaninah adalah teman istimewa Ihsan dan baginya Ihsan sahaja yg boleh diharap untuk menjaga Seroja dan bermulalah kehidupan baru Seroja di banglo mewah milik Tuan Ihsan.

Meskipun Ihsan dan Seroja kerap bertelangah apabila bersua muka namun dia hati terbit satu rasa. Memandang perbezaan usia mereka terlalu besar, Seroja sering tertanya, adakah dia sudah jatuh cinta dengan Tuan Ihsan sedangkan Tuan Ihsan pula keliru apakah itu cinta atau sunyi yg dirasanya itu tandanya rindu?

You Might Also Like

1 comments

Bloglist

Blog Archive

Top Commentators