Goblin

9:32 PM

Goblin : The Lonely and Great God

Kim Shin general yg banyak berjasa kepada negaranya tetapi dia dituduh pengkhianat dan dihukum bunuh. Walaupun telah dibunuh, dia tidak mati sebaliknya menjadi Goblin dan telah hidup selama 900 tahun. Untuk menamatkan sumpahan tersebut, Kim Shin perlu mencari human bride untuk mencabut pedang yg ada pada dirinya dan seterusnya menamatkan riwayat hidupnya.

Selepas kematian ibunya, Ji Eun Tak tinggal bersama mak ciknya dan selalu diberi layanan yg buruk oleh mereka. Sejak dari kecil Eun Tak mempunyai keistimewaan iaitu dapat melihat hantu dan semua hantu memgelarnya Goblin' Bride. Pada hari jadinya yg ke-19, Eun Tak membuat permintaan dan tanpa disedari dia telah memanggil Kim Shin.

Pada mulanya Eun Tak menyangka Kim Shin adalah hantu namun kemudiannya dia menyedari lelaki itu adalah Goblin dan dia membuat keputusan untuk menjadi pengantin Kim Shin. Bagi Kim Shin pula, Eun Tak bukan human bride yg dicari selama ini kerana Eun Tak tidak dapat melihat pedang tersebut.


Firstly yg buat aku tertarik untuk tengok drama ni ialah ramai pelakon favourite aku, GongYoo, Lee Dong Wook, Yoo Inna dan juga Kim Go Eun. Selain itu, first episode Goblin memang terbaik, storyline, cinematography memang cantik dan perfect rasa macam tengok filem. aku memang suka sangat first episode drama ni dan progress drama ni semakin menarik.

Watak Gong Yoo dan Lee Dong Wook sebagai Goblin dan Grim Reaper memang terbaik dan kelakar, pantang jumpa mesti nak bergaduh Goblin dan Grim Reaper ni, kalau scene mereka berdua memang tak pernah la tak gelak. One more thing, aku tak tau la apa magik pacik Goblin ni guna sampai aku boleh repeat setiap episode banyak kali sementara nak tunggu next week punya episode, memang selalu tak rajin la nak buat macam ni. Seriusly drama ni memang wajib tengok, rugi kalau korang abaikan drama ni..hihi

You Might Also Like

1 comments

  1. Alahai.. tak tgk lagi..
    Tgh sabar menunggu sampai episod nie habis..

    ReplyDelete

Bloglist

Blog Archive

Top Commentators