Shopping King Louis

10:36 AM


Kang Ji Sung (Seo Inguk) a.k.a Louis dibesarkan oleh neneknya setelah kematian kedua ibu bapa dan merupakan pewaris tunggal keluarga. Disebabkan sikap neneknya yg overprotective, dia tidak mempunyai kawan dan tinggal di luar negara. Louis gemar menghabiskan masa lapangnya dengan shopping sehingga digelar Shopping King Louis. 

Pada suatu hari, Louis mendapat berita neneknya dimasukkan hospital dan dia segera pulang ke Korea. Apabila sampai di Korea, dia terlibat dalam kemalangan dan menyebabkannya hilang ingatan. Louis kemudiannya terjumpa dengan Go Bok Shil dan mengikut gadis itu kerana berada di tempat asing tanpa memori adalah sangat sukar dan menakutkan bagi Louis.

Go Bok Shil (Nam Jihyun) membesar di kawasan pedalaman dalam keadaan serba daif dan kekurangan. Setelah kematian neneknya, BokShil datang ke Seoul untuk mencari adiknya yg lari dari rumah. BokShil membuat keputusan untuk menjaga Louis dan dia berjanji akan menjaga Louis sehingga ingatan lelaki itu pulih.

Walaupun hilang ingatan, tabiat Louis yg gemar menghabiskan duit itu sukar dikikis dan satu persatu masalah timbul sehinggakan BokShil kehilangan semua duit simpanannya. Meskipun geram dengan sikap Louis itu, BokShil tidak pernah meninggalkannya malah cuba mengajar Louis untuk hidup berdikari. Pada masa yg sama, Louis berusaha mencari identiti sebenarnya.


latest drama yg paling aku suka, sangat menghiburkan. tahap cuteness drama ni sangat melampau-lampau dengan Seo Inguk punya acting dengan expression muka. comel sangat. aku tak boleh nak stop tersengih setiap kali tengok Louie buat muka comel tu, orang hilang ingatan tapi tahu cakap banyak bahasa dan special talent dia buat orang jadi maid dia tanpa sedar, gelak je aku tengok..hahaha. highly recommend untuk yg suka layan drama romantic comedy yg ringan dan santai.

You Might Also Like

2 comments

Bloglist

Top Commentators