Wanneung Jaa Pben Superstar

8:20 PM


Wanneung Jaa Pben Superstar
วันหนึ่งจะเป็นซุปตาร์
I Wanna be  Superstar

Wanneung mempunyai impian untuk menjadi superstar tapi dia selalu menjadi extra atau stand in sahaja. Win Pakorn pula seorang pelakon terkenal tetapi berhenti berlakon dan berpindah ke luar negara kerana video klipnya tersebar dan dia dicop sebagai gay. Selepas lima tahun, Win kembali ke Thailand dan membeli sebuah rumah untuk mengelak diburu wartawan dan peminat.

Rumah tersebut pada asalnya dimiliki keluarga Wanneung tetapi ibu bapanya menjual rumah itu dengan harapan Wannueng akan berputus asa untuk menjadi seorang pelakon dan mengikut mereka tinggal di England. Namun wanneung masih berkeras untuk mengejar impiannya dan dia tiada duit dan tempat tinggal. Oleh sebab itu, Wanneung menyelinap masuk ke rumah lamanya dan tinggal di situ tanpa disedari Win.

Win amat marah apabila mendapat tahu yg Wanneung menceroboh rumahnya dan bertindak menghalau gadis itu. Akan tetapi, apabila wartawan hampir mengesan tempat tinggalnya, Win meminta bantuan Wanneung untuk menolongnya dan sebagai pertukaran dia membenarkan Wanneung tinggal di situ.

Di saat Wanneung hampir berputus asa dengan impiannya, Win tiba-tiba menawarkan diri untuk mengajar Wanneung tentang lakonan dan pada masa yg sama dia cuba membantu gadis itu untuk masuk ke industri hiburan.


Pada awal tu aku rasa drama ni macam Full House, episode awal-awal je la tapi lepas tu tak pun. Watak Wanneung ni gila-gila dan agak comel tapi masalah dia senang sangat nak percaya orang. Kalau dengar pasal tawaran berlakon atau casting, dia memang tak pikir panjang terus terima dan sebab tu juga dia hampir kena tipu dengan manusia yg suka ambil kesempatan.

Penyebab semua masalah dalam drama ini sebenarnya ex-manager Win ni, selain cari bakat baru untuk jadi pelakon, aku rasa macam lebih kepada cari anak ikan dia..euwwww meluat tengok ex-manager dia tu. Win sebenarnya tak nak sambung kontrak dengan dia jadi dia cuba jatuhkan win dengan cara sebarkan klip video tak senonoh tu.

satu masalah Win ni, dia tak pernah terpikir nak bersihkan nama dia dan tak kisah bila orang cakap dia gay. Win ni lebih suka diamkan diri dari wartawan dan peminat daripada beritahu mereka perkara sebenar.

first 10 episode aku rasa macam slow gilerrrrrr. awal tu macam terlalu fokus pada part mereka berdua bergaduh, part nyah-nyah ntah pape. Part gaduh tu sebenarnya memang comel dan kelakar tapi lama-lama rasa bosan sebab asyik fikir bila perempuan ni nak jadi pelakon kalau asyik gaduh je kerjanya..hmm

You Might Also Like

0 comments

Bloglist

Top Commentators