Karn La Krang Neung..Nai Hua Jai

8:05 PM

กาลครั้งหนึ่งในหัวใจ
Karn La Krang Neung..Nai Hua Jai
(Once Upon a Time..in my Heart)

Berkurun juga tak tengok lakorn, last tengok drama hmmmm ok tak ingat tajuk..hari tu cari punya cari terjumpa satu website lakorn siap dengan english subtitle. so, bermulalah misi saya untuk tengok drama Thailand setelah sekian lama..hehe


Fahsai patah hati bila mengetahui teman lelaki berpaling tadah dengan melamar wanita lain sebagai isteri. Untuk mengubat hatinya yg kecewa, Fahsai membuat keputusan untuk mengikut kawannya bercuti ke Jepun.

Semasa di sana dia berjumpa Daniel, ketua mafia Hong Kong yg cedera dan dikejar oleh musuh dan dia memaksa Fahsai membantunya. Pada mulanya Fahsai enggan membantu tetapi takut dengan ugutan Daniel, dia membantu lelaki itu dan membawanya bersembunyi di bilik hotel.

Ketika pertama kali Daniel bertemu Fahsai, dia terkejut kerana wanita tersebut mirip teman wanita yg mati. Untuk mengelak kajadian buruk berlaku kepada Fahsai, Daniel cuba melindungi wanita tersebut sepanjang di jepun dan memastikan Fahsai pulang ke Thailand dengan selamat.

Selepas dua bulan, secara tiba-tiba hidup Fahsai mula diganggu dengan kehadiran Chen Ming, mafia dan juga musuh ketat Daniel. Pada masa yg sama, Daniel juga muncul kembali dalam hidup Fahsai.


Dalam drama ni ada la beberapa part macam erkkk pelik sikit..yg aku pelik ketua mafia Hong Kong dan pengikut dia cakap siam? ok, lawak. dan agak terganggu tengok stail rambut Daniel tu lepas bangun tidur pun maintain je..HAHA tetapi abaikan sebab cite ni sweet sebenarnya tengok Daniel dan Fahsai.

tapi paling aku suka tengok second couple..comel gile!! Chen Biau orang kanan Daniel dan selalu tunjuk muka takde perasaan dan PuiFai ni pula jenis ceria dan gila-gila. Walaupun Puifai tahu yg Chen Biao ni mafia dia nak juga kacau orang tu. Sampai satu tahap, Chen Biao hilang sabar dia secara tak sengaja terkilas tangan Puifai sampai patah..ok part tu memang lawak sangat..hahaha

You Might Also Like

0 comments

Bloglist

Top Commentators