5-ji Kara 9-ji Made

12:22 AM


From Five To Nine
Watashiwa ni Koi Shita Ikemen Sugiru Obousan

Starring: Ishihara Satomi, Yamashita Tomohisa


Sakuraba Junko bekerja sebagai guru bahasa inggeris dan dia mempunyai satu impian iaitu untuk bekerja dan menetap di New York. Namun impiannya seperti masih jauh untuk dicapai.

Pada suatu hari, Junko menghadiri upacara pengebumian yg diadakan di sebuah temple dan sewaktu upacara itu, Junko tersalah langkah lalu tanpa sengaja terbaling bekas abu ke atas monk yg sedang membaca sutra. Junko merasa sangat malu dan segera meminta maaf atas kesilapannya itu.

Tidak lama kemudian, keluarganya mendesak Junko untuk pergi ke blind date dan lelaki yg dijumpainya itu merupakan monk yg dia dijumpainya di temple tempoh hari, Hoshikawa Takane. Takane merupakan monk dan bakal mewarisi temple milik keluarganya.


Drama ini sangat kelakar dan sweet. Takane selalu ada bila Junko ada masalah so bila Junko perlukan seseorang dia akan muncul untuk tolong tapi kan kadang rasa macam annoying sikit bila tengok Takane selalu follow Junko..monk kot..pelik feeling dia!

Dan satu hal lagi, Takane dah macam obses gila dengan Junko, banyak  benda juga la dia buat nak bagi Junko suka kat dia balik macam join kelas tutor Junko, plan date dan macam-macam lagi la. Junko memang susah nak terima Takane, first goal dia nak pergi New York.


rasanya part yg paling comel sekali budak kecik ni la kot..HEHE

Sankyu-chan~

You Might Also Like

0 comments

Bloglist

Top Commentators