Lara Aisyah

11:28 AM


Lara Aisyah mengisahkan tentang kehidupan dua wanita. Zurin merupakan bekas banduan yg ingin mencari anak kandung yg terpisah sejak dilahirkan. Zurin mengringkuk di dalam penjara di luar negara atas kesalahan yg tidak dilakukan dan semua ini dirancang oleh ibu mertuanya. Apabila dibebaskan Zurin mendapati anaknya masih hidup dan diculik ketika kecil dan dia tekad untuk membalas dendam. 

Manakala Aisyah pula dibesarkan oleh Muiz dalam keadaan serba kekurangan. Aisyah hanya bekerja di pasar dan berperwatakan agak kasar, panas baran dan degil. Apabila mengetahui pasar tempat keluarganya mencari rezeki bakal dirobohkan, Aisyah bertekak dengan Dato Aliff, pemilik premis tersebut.

Pergaduhan antara mereka juga menemukan Aisyah dengan Iskandar, waris keluarga mertua zurin. Iskandar berpura-pura menjadi miskin dan bekerja sebagai mekanik. Pertemuan itu juga telah membuahkan bibit-bibit cinta di antara mereka berdua. Namun, nenek Iskandar mahu menjodohkannya dengan Felisha. Felisha sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Iskandar dan ditambah pula dengan kehadiran kekasih Aisyah yg merumitkan keadaan.

You Might Also Like

0 comments

Bloglist

Top Commentators