W - Two World

10:55 PM


Kang Chul adalah watak hero dalam webtoon yg sangat popular di Korea, W. Pada usia 17 tahun, KangChul berjaya memenangi pingat emas Olimpik dalam acara menembak 50m. Beberapa tahun kemudian, semua ahli keluarganya ditembak mati dan dia dituduh membunuh keluarganya. Disebabkan tidak mempunyai bukti yg kukuh, dia dibebaskan selepas setahun dipenjara. Kangchul bangkit membina empayar sendiri dan menjadi orang paling berpengaruh di Korea.

Oh Yeon Joo adalah surgeon dan bapanya pelukis webtoon W, Oh Sung Moo. Satu hari, Yeonjoo menghubungi pembantu bapanya untuk mengetahui spoiler episod terakhir W tetapi dia mendapat berita bapanya telah hilang dan segera ke studio itu. Pembantu tersebut tidak tahu bagaimana bapanya hilang dan dia memberitahu Yeonjoo, bapanya agak pelik sebelum hilang dan mahu mematikan watak Kangchul bagi menamatkan W.

Ketika memeriksa bilik bapanya Yeonjoo tiba-tiba ditarik oleh seseorang. Apabila sedar dia mendapati dirinya berada di atas bumbung hotel dan ternampak seorang lelaki terbaring berlumuran darah di situ. Dalam keadaan bingung, takut dan cemas, Yeonjoo cuba menyelamatkan lelaki itu.

Manager hotel tersebut berterima kasih kepadanya tetapi mereka berasa pelik bagaimana Yeonjoo boleh berada disitu. Yeonjoo tersedar dan turut merasa pelik dan bingung bagaimana dia boleh sampai disitu sedangkan dia berada di dalam bilik bapanya tadi.

Seorang pekerja hotel memberitahu lelaki yg cedera itu KangChul pemilik hotel itu. Yeonjoo mula terpikir adakah KangChul itu lelaki yg sama dengan watak KangChul dalam webtoon W. dan tiba-tiba perkataan 'bersambung' muncul di skrin dan Yeonjoo kembali berada di bilik bapanya.

Lee Jong Suk
Kang Chul

Han Hyo Jo
Oh Yeon Joo


Aku suka drama ni, jalan cerita sangat unik dan fresh. Watak dari komik boleh muncul dalam dunia nyata dan sebaliknya. Drama ni sangat saspen sebab scene dia macam unexpected langsung. tiba-tiba yeonjoo ni boleh teleport ke dalam komik pastu yg tak boleh blah banyak kiss scene. tengah terpikir apahal jadi macam tu kat dia tetiba wei apahal kau kiss mamat tu lain la kalau orang tu dia kenal.

Kadang aku pening juga tengok drama, scene antara scene dia macam tak berkait tapi bila pikirkan yg ni cite kartun redho je la walaupun nampak tak logik. layan drama ni macam terseksa sebab nak tahu ending dia. Happy Ending atau Sad Ending. aku memang nak drama ni Happy Ending tapi bila pikir yg KangChul tu watak webtoon je nampak macam tak logik. ntahlaa malas nak pikir, tunggu je la ending dia macam mana..huhu


Sebenarnya agak menyesal tengok drama ni awal sangat. penat nak meroyan tiap-tiap minggu nak tunggu next episode tapi apa boleh buat, tak boleh nak miss tengok Lee JongSuk..hehe

You Might Also Like

0 comments

Bloglist

Top Commentators