Si Kolot Suamiku

1:30 AM


Drama ini mengisahkan tentang Tengku Nur Edrina (Siti Elizad) seorang wanita berketurunan bangsawan. Dia dibesarkan di Kuala Lumpur dan kerana status keluarganya dia menjadi sorang yg ego dan bangga diri. Manakala Kudin (Amar Baharin) pula seorang lelaki yg berasal dari kampung dan sangat berdikari. Dia sangat selesa dengan kehidupannya yg sederhana.

Pertemuan mereka terjadi apabila Tengku Ehsan iaitu bapa edrina melawat Mak Kunah yg merupakan ibu kepada Kudin. tujuan Tengku Ehsan ke kampung adalah untuk menunaikan janji dan melaksanakan wasiat antara dua buah keluarga.

Akhirnya Edrina dan Kuding disatukan atas kehendak keluarga dan perkhawinan itu membuat hidup mereka jadi porak peranda. Edrina dengan sikap keras kepalanya tidak mahu mengikut Kudin tinggal di kampung manakala Kudin pula tidak mahu berpindah ke bandar.


You Might Also Like

0 comments

Bloglist

Top Commentators