Cherry Season

3:22 AM


Cherry Season sebuah drama berasal dari turki dan tajuk asalnya adalah Kiraz Mezsimi. Drama ini mengisahkan tentang gadis biasa bernama Oyku yg merupakan seorang pelajar kolej dan mempunyai impian untuk menjadi pereka fesyen

Ayaz pula seorang arkitek yg berjaya dan mempunyai syarikat sendiri yg dikongsi bersama kawan baiknya, Mete. Ayaz seorang yg kaya, sombong dan juga seorang kaki perempuan. Pada suatu hari, ayaz tanpa sengaja telah berebut teksi yg sama dengan oyku, masing-masing tidak mahu mengalah. bermula dari pertemuan tersebut mereka kerap bertembung dan bergaduh sesama sendiri.

Sejak kecil lagi oyku telah menyimpan perasaan kepada Mete dan tidak pernah meluahkannya kepada sesiapapun kecuali kawan baiknya, Burcu yg juga merupakan adik kepada Mete. Burcu selalu mengharapkan yg abangnya akan menyedari perasaan oyku. namun  perkara tersebut tidak terjadi sebaliknya Mete telah jatuh cinta kepada Seyma.

Pada suatu hari, surat cinta oyku telah dihantar kepada Mete tetapi ayaz yg menerimanya. oyku terpaksa mengaku di hadapan mete yg surat tersebut untuk Ayaz dan berpura-pura telah jatuh cinta dengan ayaz. Bermula dari situ mereka mula berlakon sebagai pasangan kekasih.

Ozge Gurel
Oyku

Serkan Cayoglu
Ayaz

Maybe ni first time tengok drama dari turki, everything pasal drama ni sangat cantik. hero yg hensem, heroin yg cantik dan view yg cantik. drama ni ditayang di astro bella tak langgan pakej tu so tertengok sikit je la di situ. 

You Might Also Like

0 comments

Bloglist

Top Commentators