Pos Barang Dengan J&T Express

22:16


Hai, Assalamualaikum..

hari tu, aku pos barang untuk adik aku guna service J&T, ikutkan nak guna pos laju tapi disebabkan tuan badan suruh pakai courier ni, aku pun ikutkan sahaja. so ini first time aku pos barang guna J&T.


esoknya, aku pergi pejabat J&T yg dekat dengan rumah aku. time aku sampai tu memang tak ada customer langsung since tak nampak kena ambil nombor aku terus pergi kaunter dia dan cakap nak pos barang. urusannya pun memang mudah tak perlu isi borang cuma bagi maklumat pengirim dan penerima kepada staff tersebut dan mereka akan terus key-in dalam system mereka. selesai semua, last dia akan bagi resit yg ada tracking number.

yg bestnya time aku pergi tu kosong, sekali pusing nak keluar dah beratur panjang orang kat belakang aku. ok lepas ni dah tahu kalau nak pos barang kat situ jangan pergi time lunch hour sebab aku pergi tu memang ngam-ngam sebelum pukul 12 tengahari.


dari segi customer service aku tak masalah sangat service staff kat tempat yg aku hantar barang tu ok je.

dari segi penghantaran pula macam yg diberitahu pihak J&T menjanjikan tempoh penghantaran dalam masa sehari untuk semenanjung Malaysia, memang betul pun sampai dalam sehari, see 👇


tapi masalahnya, aku tak tahu berapa lama diorang nak peram barang tu sebelum hantar kepada penerima. selepas dua hari barang tu still tak sampai, aku ada call ofis tapi staff di situ bagitahu barang banyak sangat diorang tak cukup orang nak deliver barang tu. geram tu memang geram tapi staff tu pun cakap cara elok dan nasiblah aku ni bukan jenis reti nak marah orang kalau jenis yg panas baran mungkin dah lama kena maki sebab sakit hati dengan service yg slow.

bagi aku, syarikat penghantaran ni sekarang ni mana-mana pun semua sama je so depend kat kawasan tu mana service yg bagus, kerja hantar barang ni guna tenaga manusia kalau pekerja bagus service pun ok tapi kalau service kurang bagus dan banyak aduan kena salahkan syarikat tu sendiri, kenapa tak ambil tindakan sebab benda ni boleh burukkan imej syarikat.


so kesimpulannya, bila barang aku nak sampai?

**update : barang sampai selepas 6 hari**

You Might Also Like

17 comments

  1. hehe... Kalau guna POS LAJU , Naim selalu pickup sendiri jika sampai pej pos laju berdekatan . Jika mereka x antaq huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan memang nak suruh pi amik sendiri je tapi adik tak boleh pickup barang dia sendiri.

      Delete
  2. rumah saya kawasan kampung. selalu kalau barang poslaju atau j&T sampai, saya pergi pickup sendiri kat pejabat dia..huhu..mujur saya ni orng muda yg takde komitmen, kalau yg ada anak dan ada urusan kerja, mmg susahlah kena curi2 masa pergi ambik barang kan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah saya kawasan kampung juga tapi jarang ada masalah dengan penghantaran barang ni

      Delete
  3. j&t kedah laju hahaha! kalau beli barang kat shopee mesti cari yang ada pos by j&t sebab sehari mesti sampai brg :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..memang kena tengok kawasan juga, ada kawasan service dia ok ada yg tak :(

      Delete
  4. Kaella selalu jugak guna j&t. Lagi suka j&t sebab proces laju heehe

    ReplyDelete
  5. Have you ever buy anything from Aliexpress? Rasanya if you do, mau mengamuk setiap hari sebab kalau beli barang dekat aliexpress, hantaran dia ambil masa paling sekejap 3 minggu (or less tapi jarang nak dapat shipping laju macam tu) but normal punya shipping ambil masa sebulan. Paling lama 3 bulan. hahahahaha

    J&T ni kira power lah sebab sehari dah proses macam2. Cuma like you said, setengah tempat okay, setengah tu tak berapa.

    ReplyDelete
  6. kite tataula kenapa.. masih rasa Pos Laju the best. yang lain2 ni huurm ok juga tapi tahla hahaha..

    ReplyDelete
  7. hahahaha J&T memang bad service. Haritu sampai mengamuk baru nak dapat barang tu

    ReplyDelete
  8. Barang aku x sampai dah nak masuk sebulan..aku dh pg j&t dia ckp dah hantar.??tapi barangnya x ada..??ape jadah ea..aku cajmkap sape penerima??sbb aku x rase ada org kat rmh aku mase tarikh penghantaran tu..cek punye cek dia cakap beaok dorang akan soh budak dia datang rumah??utk ape aku x tau..so ni dah seminggu pn x d org dtg..so burn la barang aku..hbis serat aku punah..bli bkn pakai daun kering ea..duit bkn sng nk cri ea..j & t bodo..geram aku..aku dok area kulai johor

    ReplyDelete
  9. Mana2 courier pun bergantung pada pekerja.. Kalau pekerja dia ok memang servis dia terbaiklah.. kalau pekerja tak okay, alamat jahanamlah courier tu.. kat Area sini J&T dgn Pos Laju okay..

    ReplyDelete
  10. J&T peram barang aku dkt 2 minggu.tgk kt Lazada kata sdg antr...tp x smpi2 pdhl sekakang kera je pjbt dia dr umah aku.trpksa la gi off J&T tuntut brg.suh cr dh bg trcking no pun x jumpa...rupanya menyembang kt dlm stor tu..tnya ada jumpa ke??siap tnya lg skali apa trcking no aku...hantu btul!!tadi ko membawang patut brg aku x smpi2.dsbbkn pekerja lembab la syarikat ko jd lembab...kalo x semua tmpt tp dh jd buruk namanye tu

    ReplyDelete
  11. jnt memang problem dekat certain tempat tapi dekat sini laju juga drp poslaju

    ReplyDelete
  12. Kalau j&t area Terengganu. Lori akan pick up pukul berapa?

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators