Novel | Berikan Aku Bahagia

23:03


Novel : Berikan Aku Bahagia
Penulis : Damya Hanna
Helaian : 766
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : Oktober 2013

SIPNOSIS

Bagai tidak terhitung penderitaan yang membelenggu hidup Najma Naqiah. Namun, dia terpaksa mengharunginya sendiri sejak ibu dan ayahnya pergi menghadap ILAHI. Kekosongan dan kesepian menjadi bayang-bayang hitam yang mengekori bila abangnya pula hilang bersama misteri.

Selama ini, soal cinta bukan perkara utama dalam kamus hidupnya. Namun, kehadiran Arsyad mencoret sejarah baru. Insiden tertumpah air kopi menjadi detik pertemuan mereka. Malah, turut menjadi punca mereka bertingkah. Pantang bersua muka, ada saja yang tidak kena. Ditambah dengan sikap loyar buruk Arsyad, selalu menimbulkan perasaan jengkel di hatinya.

Naqiah menganggap pertemuan mereka sebagai malang! Tetapi bagi Arsyad, pertemuan itu ibarat petunjuk untuknya merungkai satu perkara. Rahsia yang selama ini Naqiah tidak tahu. Dahulu, mereka pernah makan sepinggan, tidur setilam dan berkejar-kejaran di bawah langit biru. Kini, Naqiah langsung tidak ingat wajahnya. Dia bukan sengaja menyembunyikan identiti diri, tetapi dia tidak punya kekuatan untuk berterus terang.

Akhirnya, rahsia bukan lagi rahsia. Perkara yang Arsyad sembunyikan, terbongkar jua. Hati Naqiah terluka kerana dibohongi. Berita tentang abangnya turut menambah duka. Mengapa sukar benar untuknya mengecapi bahagia?


REVIEW

Damya Hanna antara penulis yg aku suka juga sewaktu zaman sekolah dulu, novel ni terbit tahun 2013 tapi aku baru beli novel ni tahun lepas time tu tengah usha-usha novel prelove ternampak novel ni so beli je lah cumanya baru sekarang ada mood nak baca..hehe

Berikan Aku Bahagia mengisahkan Naqiah yg terpaksa menolak tawaran sambung  belajar untuk menjaga ibunya. hidup dia makin menyedihkan bila ibunya meninggal dan abangnya pula yg sedang belajar di luar negara tetiba hilang tanpa khabar. walaupun lapan tahun sudah berlalu Naqiah tekad mengumpul duit untuk mencari abangnya di luar negara.

Arsyad pula lelaki yg tetiba muncul dalam hidup Naqiah yg banyak menolongnya. walaupun kehadirannya tak disenangi Naqiah tapi Arsyad ada alasan sendiri dan rahsia yg Naqiah tak tahu, mereka pernah membesar bersama di bawah penjagaan umi iaitu pengasuh mereka.

cerita ni best sebab ada sedih, ada juga yg kelakar dan sweet bila Arsyad dan Naqiah bertemu  cuma agak slow sebab the whole thing pasal Naqiah dan Arsyad, lagi satu Naqiah asyik mention betapa rindunya dia pada abangnya Nazim dan misi Naqiah untuk mencari Nazim. kat belakang tu baru rasa best sikit bila plot dah bergerak laju.

persoalan dalam novel ni apa sebenarnya yg terjadi pada Nazim, berjaya atau tidak Naqiah dengan misi pencarian Nazim.

overall, walaupun cerita dia agak slow sikit tapi still nice baca novel daripada Damya Hanna.

**My rating: ⭐⭐⭐ 3/5**

You Might Also Like

6 comments

  1. Wow tak sangka pulak macam tu jalan cerita dia. ingatkan dorang memang baru bertemu and keep annoying each other rupanya dorang pernah membesar bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes diorang pernah membesar bersama cuma heroin tak tahu pasal tu..

      Delete
  2. Bermula dengan tertumpahnya kopi. Nice. Ingat ada ending tadi, apa kesudahan dia. Takda plak hehe

    ReplyDelete
  3. kesudahannya kena baca sendirilah, xbest bgtau ending kat sini..hehe

    ReplyDelete
  4. mesti awal novel tu macam lemau je sebab plot bergerak laju dekat bahagian belakang.

    ReplyDelete
  5. Bukan sekadar kisah cinta ye.. curious pula nak tahu apa jadi kat abang Naqiah nie..

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators