Drama Korea | Doctor John

19:50


Title : Doctor John
Director : Jo Soo Won
Screenwriter : Kim Ji Woon
Network : SBS
Episode : 32
Duration : 35 minutes
Cast : Jisung, Lee Se Young, Lee Kyu Hung, Hwang Hee, Jung Min-a,
Kim Hye Eun, Kim Young Hoon, Kwon Hwa Woon, Oh Hyung Joong

SIPNOSIS

“Doctor John” is a new medical drama about doctors specializing in pain management. In a refreshing take on the genre, “Doctor John” will portray the doctors’ search for the cause of their patients’ mysterious pain as a thrilling chase, almost like a detective hunting down the perpetrator behind an unsolved crime.

Cha Yo Han is a genius anesthesiologist, who is also the youngest professor at his medical school. The brilliant doctor goes by the nickname “10 Seconds,” referring to his ability to figure out his patients in the 10 seconds that it takes for them to enter an examination room and walk to their seat.


Doctor John mengisahkan Cha Yohan seorang pakar anesthesiologist yg dihukum penjara kerana menyebabkan kematian pesakitnya. Dr Cha digelar 'Dr  10 second' kerana kebolehannya membuat diagnosis dalam masa 10 saat tanpa bantuan mesin. selepas keluar daripenjara, Dr Cha bekerja di Hanse Hospital.


Kang Siyoung resident tahun kedua dalam bidang anesthesiology merupakan top student tapi berhenti jadi doktor selepas trauma dengan kemalangan yg menimpa ayahnya. seorang kenalan bapa dia yg merupakan ketua warden penjara minta bantuan Kang Siyoung untuk bekerja sebagai staf perubatan sementara di penjara. dari situlah dia bertemu dengan Dr Cha dan Kang Siyoung belajar banyak benda sampai dia buat keputusan untuk teruskan kerjaya dia sebagai doctor.

family Kang Siyoung ni bukan calang-calang, parent dia doktor dan adik dia juga doktor. parent dia juga ada jawatan penting dalam Hanse Hospital sebab tu macam tak susah sangat bila nak kerja balik sebagai doktor. selepas bekerja di penjara, Kang Siyoung bertemu semula dengan Dr Cha Yohan, kali ini dia menjadi student kepada Dr Cha.


Dr Lee Yoo Joon bekerja di bahagian kecemasan dan selalu menerima pesakit daripada penjara, dari situ dia berkenalan dengan Kang Siyoung. Dr Lee pernah misdiagnosis pesakit dan ditegur oleh Cha Yohan sebab itu dia rasa maruahnya sebagai doktor tercabar bila kena tegur dengan banduan. Dr Lee kemudianya bertukar ke Hanse Hospital dan selepas bekerja di bawah Dr Cha, nampak Dr Lee ni sangat admirer dengan Cha Yo Han.


Son Seok Ki pula pendakwaraya yg bertanggungjawab menyumbat Dr Cha ke dalam penjara. pada awalnya Prosecutor Son nampak tak puas hati bila Dr Cha keluar penjara tapi yg bagus pasal Prosecutor dia seorang yg rasional dan tak terburu-buru untuk buat sesuatu perkara walaupun ada desakan daripada Nurse Chae.


berbeza dengan Prosecutor Son, Nurse Chae pula sangat agresif  dengan mengadakan protes demonstrasi dan post negative komen di board hospital untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya pada Dr Cha.

mulanya, aku ingatkan Dr Cha ada kaitan dengan kematian anak Prosecutor Son dan juga anak Nurse Chae tapi sebenarnya tak ada kaitan cuma pesakit yg mati di bawah pengawasan Dr Cha itu sebenarnya pembunuh anak mereka dan Dr Cha ini cuma target untuk mereka lepaskan rasa sakit hati dan marah kepada pembunuh sebenar.


yg menariknya dalam Doctor John ialah bila jumpa banyak penyakit yg rare yg jarang dengar macam C.I.P.A, Fabry disease dan banyak lagilah. dalam drama ni juga nak tunjukkan macam mana doctor nak discover sesuatu penyakit, bukan senang sebenarnya nak buat diagnosis yg tepat kadang doctor pun confius disebabkan symptom yg lebih kurang sama.


dalam drama ini juga membincangkan mengenai isu Euthanasia laws (the practice of intentionally ending a life to relieve pain and suffering), ada beberapa negara yg sudah menjalankan euthanasia law tapi di Korea masih lagi illegal. dalam drama ni nak tunjukkan ada dua puak iaitu menentang keras macam Prosecutor Son dan lagi satu pula menyokong euthanasia dengan alasan pesakit chronic yg tak ada harapan untuk sembuh, ini satu pilihan yg baik jika mereka memilih untuk tamatkan kesakitan yg mereka hadapi.


dah lama aku tak tengok drama medik ni tapi Doctor John memang best sebab dapat belajar banyak benda baru walaupun tak semua tu aku faham 100% tapi best la dapat tahu pasal penyakit yg rare dan jarang kita dengar. dalam drama ni ada juga selit sikit cinta antara Dr Cha dan Kang Siyoung tapi bagi aku kalau tak ada babak cinta pun tak menganggu sebab jalan cerita dia lebih menarik .

You Might Also Like

5 comments

  1. drama ni on top of waiting list. Entah bilalah mood utk tengok drama muncul balik.. haih

    ReplyDelete
  2. drama ni kan yg ji sung dapat award tu?

    p/s 291

    ReplyDelete
  3. tak tengok lagi.. otw otw..
    Jisung ni handsome tol =D

    ReplyDelete
  4. yup.. drama yang snagat ohsem.. memang puas hatilah tengok..

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators