Novel | Kembali Mencintai

14:13


Novel : Kembali Mencintai
Penulis : Syamnuriezmil
Helaian : 880
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : December 2018


SIPNOSIS

Hanya kerana mahukan sebuah dewan sekolah bagi memudahkan anak muridnya belajar, Thiya terpaksa menyamar menjadi calon menantu Tengku Fareha untuk anaknya, Tengku Faal Haris... Yang merupakan ‘seorang’ buaya! Mulanya, Thiya ingatkan penyamaran itu dah kantoi apabila Tengku Fareha betul-betul muncul. Sekali... Tengku Fareha pun mula berlakon. Rupa-rupanya, Tengku Fareha ada agenda lain! Tengku Fareha menyuruh Thiya terus menyamar dan... Terpaksalah Thiya bertahan dengan Tengku Faal. 

Pelbagai cara yang Tengku Faal cuba buat untuk Thiya menyerah kalah untuk tidak menjadi calon menantu Tengku Fareha. Tapi bukan Thiya la yang mempunyai hati sekental dinosaur untuk menyerah kalah dengan ‘seorang’ buaya!

Tengku Faal akhirnya berjaya mencari kelemahan Thiya. Thiya rupa-rupanya anak Tan Sri Thaqif. Tan Sri Thaqif pula kagum dengan Tengku Faal yang pandai menguruskan syarikatnya sendiri. Lagilah mudah untuk Tengku Faal menyuruh Thiya mengaku kalah. Baru sahaja Thiya nak berbaik dengan ayahnya...

Takkan nak bergaduh semula gara-gara tak mahu dikahwinkan dengan Tengku Faal? Nak tak nak terpaksalah Thiya mengundur diri. Ingatkan apabila dinasour dah mengaku kalah, buaya dah menang... Cerita itu terhenti di sini. Tiba-tiba Tengku Faal pula beria-ia nak dijodohkan dengan Thiya. Dia memberikan Thiya tiga minggu untuk buat keputusan.

Muncul pula Firas Amsyar, membuatkan Tengku Faal lebih berusaha untuk meyakinkan Thiya yang dia adalah jodoh pilihan untuk Thiya. Bukannya Firas Amsyar, lelaki yang pernah berada dalam hati Thiya suatu ketika dulu sebelum menghilang. Thiya akhirnya memutuskan untuk menerima Tengku Faal dengan syarat dia bersetuju dengan syarat taklik tambahan yang dikenakan untuk membuktikan yang Tengku Faal betul-betul sudah berubah.

“Oleh sebab, abang sayangkan Thiya dan abang yakin kita ada jodoh, abang setuju dengan apa aje syarat yang Thiya kenakan. Asal jangan tinggalkan abang sudah.”

Tetapi... Nama pun buaya kan, mana mungkin akan berubah makan kubis!

“Saya sabitkan dan sahkan jatuh talak satu kali pertama ke atas Plaintif Thiya binti Tan Sri Thaqif berjumlah satu talak bermula pada hari ini.” Mungkinkah Thiya akan memberi peluang kepada Tengku Faal untuk kembali mencintai? Atau... Thiya kembali mencintai Firas Amsyar?

Kerana... Peluang kedua itu tidak akan bermakna kalau tidak belajar daripada peluang pertama.


REVIEW

isu utama dalam novel ini tentang nikah taklik. selalu dengar pasal cerai taklik ni first time dengar pasal nikah taklik. sewaktu setuju nak kahwin Thiya letak syarat taklik tambahan pada Tengku Faal sebab dia rasa insecure takut Tengku Faal buat perangai buaya. aku kurang setuju sikit dengan Thiya sebab nampak sangat dia tak percaya pada Tengku Faal selepas lelaki ni berusaha tunjukkan yg dia bukan seperti apa yg orang lain gambarkan.

nikah taklik ada kebaikan dan keburukan juga, kebaikannya boleh melindungi hak isteri sekiranya suami buat perangai seperti menikah lagi satu. keburukannya pula macam kes Thiya, dia buat satu lagi syarat yg bagi aku kurang jelas iaitu jatuh talak sekiranya suami dia ada hubungan dengan perempuan lain so ada pihak yg ambil peluang guna syarat ni untuk runtuhkan rumah tangga Thiya dan Tengku Faal. sebelum nak buat sebarang keputusan pikir masak-masak supaya tak menyesal di kemudian hari.

novel Syamnuerizmil kali ini memang best, aku suka dengan Tengku Faal sekali dah jatuh cinta bukan kemain romantik dan gentleman cuma masalahnya sang heroin suka sangat main tarik tali dan jual mahal, sabar je lah.

sebenarnya konflik dalam novel ni tak banyak sangat pun tapi ceritanya jadi panjang sebab heroin jenis kalut dan suka berdrama, aku rasa peat juga nak habiskan novel setebal 800 muka surat ni.

You Might Also Like

4 comments

  1. novel novel tulisan syamnuriezmil memang best best.. novel ni belum ada peluang lagi nak baca..

    ReplyDelete
  2. kalau jadi thiya pun buat benda yang sama sebab takut punya pasal. Dapat yang tengku handsome kaya pun susah jugak sebab insecure kemain.

    ReplyDelete
  3. Panjang juga novelnya.. 800 lebih tapi tak banyak konflik.. Menarik juga bila penulis masukkan pasal nikah taklik tu..

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators