Voice 3 : City of Accomplices (2019)

00:34


Title : Voice 2 : City of Accomplices
Director : Nam Ki Hoon
Screenriter : Ma Jin Won
Network : OCN
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Cast : Lee Hana, Lee Jin Wook, Son Eun Seo, Kim Woo Suk, Kwon Yool,
Kim Joongki, Song Boogun, Yoo Seung Mok


Drama bersiri Voice kembali lagi dengan musim ketiga, kesinambungan daripada musim kedua Kang Kwonjoo terselamat daripada letupan yg berlaku namun pendengarannya sedikit terjejas dan juga perlu menjalani proses rehab. manakala Do Kangwoo pula menghilangkan diri selepas insiden tersebut, kehilangannya menjadi tanda tanya pada ahli pasukan yg lain kerana mereka tidak menjumpai sebarang klu sama ada Kangwoo diculik ataupun sengaja menghilangkan diri.

selepas 8 bulan mereka mendapat maklumat, Kangwoo masuk ke Jepun secara haram dan kini ditahan polis Jepun kerana menjadi suspek utama pembunuhan seorang pelukis terkenal. Kangwoo dibebaskan selepas campur tangun Kwangjoo dan juga polis Korea namun kedatangan Golden Time Team ke Jepun tak mengembirakan Kangwoo pun kerana dia mahu berhenti daripada pasukan polis. selepas dipujuk Kangwoo bersetuju untuk stay lagi sebulan dalam pasukan tersebut untuk membantu siasatan.


pada musim ketiga selain menguruskan kes kecemasan yg dilaporkan di call centre mereka juga menyiasat kes berkaitan internet dark web dipanggil Auction Fibre yg menjalankan urusann jual beli anggota badan, snuff film dan juga benda terlarang lain untuk memenuhi permintaan pelanggan vvip mereka. macam yg diketahui dalam Voice 2 Bang Sejoo adalah pembunuh dan juga menguruskan Auction Fibre tapi dia bukan mastermind, ada orang lain lagi yg lebih psiko daripada Bang Sejoo

konflik kali ini banyak berkaitan Do Kangwoo seperti diketahui bapanya menjadi pembunuh kepada seorang kanak-kanak Jepun. kes ini menjadi besar juga pada masa itu dan mencetuskan kemarahan di kalangan golongan anti-Korea sebab itu Kangwoo menjadi sasaran pembunuh sebenar yg psiko.


Kangwoo ini menghidap antisocial personality problem tapi dia tak pernah berubat cuma bergantung pada dadah yg dia dapat secara haram. keadaan dia bertambah teruk lepas balik dari Jepun. so juga Kangwoo berperang dengan diri sendiri sebab takut wujud sisi jahat dalam diri dia lagi-lagi bila dia selalu blackout. sebelum keadaan bertambah teruk, Kangwoo cuba mencari pembunuh sebenar.

REVIEW VOICE 2 (2018) < sini >
REVIEW VOICE (2017) < sini >


kalau dalam musim ke-2, Chief Na orang yg paling benci dan cuba singkirkan Kangwoo daripada pasukan polis. selepas salah faham antara mereka berjaya diselesaikan, dialah manusia yg paling concern pada Kangwoo. walaupun ada pihak yg cuba sabotaj Kangwoo tapi Chief Na percaya pada Kangwoo 100% dan Chief Na selalu jaga Kangwoo sebab dia tahu keadaan Kangwoo dah makin teruk. my favourite character untuk musim ini dan yg best juga suka tengok teamwork diorang sebab musim lepas macam huru hara sikit pasukan polis ni.

confius sebenarnya nak pilih musim mana yg best sebab semua aku suka tapi untuk Voice 3 lebih banyak main emosi maybe boleh nampak macam mana watak ni rely on each other so bila berlaku kejadian buruk kat salah seorang teammate diorang memang sedih sangat.


storyline untuk musim ni agak complicated sebab banyak sangat benda yg terjadi sampai aku struggle juga nak paham dari awal. tapi bila dah nampak pembunuh sebenar dan apa motif dia baru aku boleh faham dan nampak sikit keseluruhan cerita. yg pasti musim ketiga jenayah dia lebih kejam, lebih psiko. aku seriusly tak boleh hadam apa masalah pembunuh ni sampai nak kerat anggota badan tertentu untuk buat collection then mayat orang habis nak buat pameran seni, seriusly ada part rasa nak termuntah juga walaupun scene kejam dia dah blur dulu.

siri Voice antara thriller drama bersiri yg best untuk ditonton, aku rasa tak rugi pun follow drama ni dari first season. komen untuk musim ketiga lebih kejam, lebih psiko, lebih dan lebih mendebarkan.

You Might Also Like

2 comments

  1. Kena tengok dari first season.

    ReplyDelete
  2. Tengah cari kekuatan nak tengok drama ini.. hehehe.. sebab banyak yang riview drama ini lebih sadis dari musim-musim sebelum ini.. Hari tu dah tengok sikit tapi stop, nantilah tengok balik..

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators