Her Private Life

08:00


Title : Her Private Life
Director : Hong Jong Chan
Writer : Kim Sung Yeon
Network : TVN
Episode : 16
Duration : 60 minutes
Cast : Park Min Young, Kim Jae Wook, Ahn Bo Hyun, Kim Bo Ra,
One, Park Jin Hoo, Hong Seo Young


untuk pertama kali dapat lihat Kim Jae Wook pegang watak utama dan juga berlakon dalam drama genre romantik komedi. kalau perasaan dia banyak ambil watak yg berat tapi yg aku ingat watak psiko dalam Voice. bergandingan pula dengan Park Minyoung memang mantap dan menarik.

Her Private Life mengisahkan Sung Deokmi yg bekerja sebagai curator di sebuah art gallery, Deokmi memang sangat sangat dan berdedikasi dengan kerja ni dengan sebab dari kecil lagi dia minat melukis tapi bakat tu terhalang sebab tangan dah tak boleh melukis. satu benda yg semua orang tak tahu Deokmi ni seorang fangirl yg meminati Cha Sian dari kumpulan Ocean White. kerja fangirl ni memang dia buat secara sembunyi sebab tak semua orang atau masyarakat yg faham dengan minat yg sebegini.


suatu hari, galeri yg Deokmi bekerja terima director baru iaitu Ryan Gold yg baru pulang dari luar negara. Ryan ni nak bekerjasama dengan Cha Sian untuk buat satu pameran seni. bagi Deokmi peluang untuk berjumpa dengan Sian bagai mimpi terindah bila dapat jumpa idola kesayangannnya, dapat tengok rumah Sian lagi tapi dia terpaksa sembunyi perasaan excited tu sebab tak nak rahsia dia sebagai fangirl terbongkar.

tapi masalah lain pula berlaku apabila wujud skandal besar mengatakan Deokmi bercinta dengan Cha Sian. kisahnya manager Cha Sian upload gambar dari meeting tersebut, gambar Cha Sian sahaja ok tapi fans dia punya level kalah FBI bila diorang zoom gambar tu terpantul gambar perempuan di cermin. mula tu berita ni tak terkesan pada Deokmi sebab muka dia tak clear tapi keadaan menjadi buruk bila Sindy salah seorang fan yg juga stalker Cha Sian ambil gambar Deokmi keluar dari rumah Cha Sian. keadaan jadi makin tak terkawal kesannya juga Deokmi teruk kena serang dengan fans yg lain.


Ryan selaku ketua dan juga orang yg berada di tempat kejadian rasa marah juga bila Deokmi kena serang. yg buat dia geram juga bila pihak Cha Sian tak buat sebarang tindakan untuk protect Deokmi daripada fans yg tengah gila waktu tu. untuk menenangkan keadaan Ryan beri cadang supaya mereka berlakon sebagai pasangan kekasih dan pada mulanya Deokmi tak rasa idea tu bijak sebab hubungan mereka pun bukan baik sangat pun tapi lepas tu dia terima juga cadangan Ryan.


Ryan sebenarnya seorang pelukis terkenal di Amerika tapi bersara selepas tak boleh lagi melukis, dia balik ke korea pun sebab terima tawaran untuk jadi director di galeri seni. Ryan ni jenis tak mesra sangat sebab tu Deokmi tak sebulu dengan dia siap panggil Ryan, lion. memang perangai Ryan ni agak annoying time awal-awal tu.

Ryan ni banyak salah faham dengan Deokmi tapi yg suka dia tak malu nak minta maaf dan mengaku salah dia. the best part juga secara tak sengaja dia tahu rahsia Deokmi tapi berlakon macam tak tahu apa-apa, siap follow Deokmi pergi fans meeting pastu protect Deokmi daripada Sindy lagi. kirannya banyak benda yg dia buat bukan takat Deokmi jatuh cinta, aku pun sekali jatuh cinta dengan Ryan๐Ÿ’—


drama ni bukan cerita pasal aktiviti fangirling semata-mata tapi juga tentang family, friendship, career dan juga percintaan Deokmi dan Ryan. aku suka dengan relationship antara Deokmi dan Ryan yg saling memahami, saling support each other so kisahnya tak berat sebab semua problem boleh selesai dengan cara yg baik.

overall, Her Private Life antara drama rom-com yg best untuk dilayan sebab jalan cerita yg menarik dan santai dan juga wawjib tengok.

You Might Also Like

11 comments

  1. Nak tengok cerita ni. Tapi kat viu.com tak boleh tengok pula. =P

    ReplyDelete
  2. Haritu plan nak tengok jugak drama ni tapi tak sempat lagi.

    ReplyDelete
  3. Currently watching this drama. Tinggal lagi 2 episodes je lagi nak habis. Ryan Gold is so sweet and considerate! Sengih habis kalau tengok dia ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. watak dia charming sangatlah, memang non-stop tersengih je bila tengok dia..hehe

      Delete
  4. waaa ada lagi drama korea baru

    ReplyDelete
  5. Suka tengok cerita ni. Aduh fanatik giler sungguh fans Cha Sian tu.

    ReplyDelete
  6. Wah pelakon dia hebat2 belaka

    ReplyDelete
  7. Lama tak layan drama romantik ini.. Boleh masuk list nie..

    ReplyDelete
  8. comel laa park minyoung ni kalau dia senyum tu cair hahaha

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators