Novel | Kanvas

8:00 AM


Novel : Kanvas
Penulis : Ayumi
Helaian : 
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : Oktober 2017

SIPNOSIS


If love is a mystery, would you risk yout heart trying to solve it?"



Bagi Ed, melukis adalah jiwanya. Cuma lukisannya bukan lukisan biasa-biasa. Lukisan dia 'hidup' hingga menyebabkan orang sekeliling takut dengannya. Ed tidak ambil kisah dengan pandangan orang lain asalkan hidup dia tenang. Tapi, apabila salah satu lukisannya tiba-tiba jadi nyata, ketenangannya mula berkocak.


Bagi Kara, hidupnya bahagia bersama ayah yang penyayang dan teman lelaki idaman ramai. Namun, segalanya musnah kerana sebuah tragedi. Tragedi yang buat dunia Kara dan Ed bertembung.

Bersama, mereka mula mencari jawapan kepada setiap misteri dan persoalan. Persoalan yang tiada sesiapa tahu jawapannya dan misteri yang tiada sesiapa pun pasti penyelesainnya.

Tiada sesiapa, kecuali kanvas lukisan Ed.



"You, me and a mystery to solve."



REVIEW

Kanvas mengisahkan kehidupan pelajar bernama Kara dan Ed. Kara boleh dikatakan ada kehidupan yg sempurna di mata semua orang, disenangi rakan sekelas, ada ayah yg penyayang dan boyfriend yg sweet, kononnya. Ed pula lebih selesa sendiri dengan dunianya yg suka melukis tapi satu benda yg orang lain tak tahu, dia ada keisimewaan iaitu dapat melukis peristiwa yg bakal berlaku di masa hadapan.

satu tragedi pembunuhan berlaku, Kara dituduh sebagai suspek pembunuhan ke atas teman lelakinya dan saat itu dunia Kara berubah, ramai yg pandang serong dan kawan baik sendiri pun berpaling padah kecuali Ed seorang sahaja yg percaya dia bukan pembunuh. so siapa pembunuh sebenarnya dan apa motif pembunuhan tersebut?

cerita yg menarik dan penuh misteri, dari awal aku tak boleh nak teka atau maybe tak nampak pembunuhnya siapa. bila semua terbongkar memang kagum juga sebab di sebalik kisah ada lagi kisah, ingatkan dah jumpa pembunuh rupanya ada lagi orang lain yg menjadi punca kepada semua kejadian yg berlaku. plot twist dalam Kanvas memang sanngat menarik dan tak dijangka.

pendek cakap, orang yg nampak baik tu tak semestinya baik mungkin dia adalah seorang psiko yg cuba bersembunyi di kalangan kita. 

You Might Also Like

8 comments

  1. ohh kanvas nie cerita misteri sikitlah..

    ReplyDelete
  2. sometimes we can actually expect dah the one yg jahat tu. nyampah betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg susahnya tak nampak siapa jahat mula tu, nak teka pun macam tak tahu apa motif dia..

      Delete
  3. singgah sini.. bkn calang2 org ada bakat nk lukis muka penjenayah tu

    ReplyDelete
  4. novel yang sangat bagus dan menarik..

    ReplyDelete
  5. menarik jalan cerita novel ni nak pulak genre misteri!

    ReplyDelete

Top Commentators