Novel | Jadikanlah Dia Jodohku

08:00

(PNM e-Reader)

Novel : Jadikanlah Dia Jodohku
Penulis : Azieana
Helaian : 
Penerbit : Kaseh Aries Publication
Terbitan : 2017

Jadikanlah Dia Jodohku mengisahkan Qilla yg kematian tunangnya Ryan beberapa hari sebelum hari pernikahan mereka. Qilla redha dengan pemergian tunangnya tapi tiada siapa yg mampu menggantikan tempat Ryan. untuk mengelakkan daripada gangguan abang tirinya Qilla bersetuju menerima pinangan ibu Ryan dan berkahwin dengan Danny iaitu abang kepada arwah Ryan.

first nak cakap penulis letak saham yg tinggi sangat untuk watak utama, heroin bukan main ramai peminat sampai tahap obsess pun ada perghhh mungkin Qilla ni secantik bidadari, annoying sebenarnya bila terlebih memuji ni tapi dari segi perangai dan bahasa tak nampak kesopanan wanita melayu terakhir pun. Danny sang hero tak kurang hebatnya so bertuahlah mereka memiliki antara satu sama lain, tak gitu wei..

masalah dengan watak dalam novel ni juga adalah tak reti nak MOVE ON. macam Qilla, move on la wei belajar terima suami sendiri daripada teringat arwah Ryan sepanjang masa. untuk peminat Qilla, move on la wei ramai lagi perempuan sana buat apa tergilakan isteri orang. dan untuk peminat Danny, move on la wei daripada terkejar laki orang. 

selain Qilla, Danny, keluarga Danny dan ayah Qilla, aku rasa watak yg lain tu semuanya digambarkan negatif padahal diri pun tak berapa sempurna sibuk nak mengata orang. kadang tu nampak watak dalam ni tak berapa nak matang.

sebenarnya aku kurang pasti macam mana aku boleh sabar baca novel ni sampai ending walaupun banyak juga melompat bila baca tu. yg pasti novel ni tak masuk dengan jiwa aku dan tak berapa serasi dengan penulisan penulis ni. 

You Might Also Like

4 comments

  1. Bila watak digambarkan terlalu sempurna tapi perwatakkan tu tak nampak sempurna pun boleh mengganggu pembacaan.. jenuh nak habis nie kalau baca.. sebab annoying..

    ReplyDelete
  2. hahahaha menyampah jugak kalau watak acah sempurna ni. Tipikal sangat tak mampu nak move on dengan partner lama padahal dah kahwin

    ReplyDelete
  3. hahahaah kalau ray mmg kirim salam la nak habiskan XD

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators