He Is Psychometric

20:00


Title : He is Psychometric
Director : Kim Byung Soo
Writer : Yang Jin-A
Network : TvN
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Cast : Jinyoung, Shin Ye Eun, Kim Kwon, Kim Dasom, Noh Jong Hyung,
Ko Yoojung, Jeon Misun, Lee Seung Joon

SIPNOSIS

A boy who is able to read the secrets of those whose skin comes into contact with him, and a girl who does everything she can to hide her pain. In the drama, the boy and girl will meet and try to fix, heal, grow, and love from the small and big occurrences that happen in their lives.
(Source: Soompi)


He is Psycometric sebuah drama crime-thriller dan misteri mengisahkan Lee An yg mempunyai kebolehan istimewa iaitu dapat membaca memori orang lain melalui sentuhan. bila baca sipnosis aku rasa interesting dan masukkan dalam list walaupun tak kenal sangat pelakon dalam drama ni.

kisah bermula pada tahun 2005 apabila berlaku satu kebakaran di Yeongseong Apartment, Lee An yg ketika itu terperangkap dalam lif bersama ibu bapanya berjaya keluar dari situ dan kemudiannya diselamatkan oleh seorang remaja bernama Kang Seungmo. malangnya dalam kejadian tersebut ibu bapa Lee An dan ibu Seungmo terkorban, lebih mengejutkan terdapat pembunuhan yg berlaku dan pembunuh yg menyebabkan kebakaran tersebut untuk musnahkan bukti. siapa pembunuh sebenar, itulah yg menjadi persoalan sepanjang tengok drama ni.


11 tahun kemudian, Seungmo sudah berjaya sebagai pendakwaraya dan mengajak Lee An tinggal dengannya. Lee An pula pelajar sekolah tinggi tapi tak pernah serius dalam pelajaran mahupun masa depannya. Lee An nak guna kebolehan dia untuk bantu polis selesaikan kes tapi Seungmo tak setuju sebab kuasa dia tu limit. benda yg nampak tu mungkin cebisan kecil daripada gambaran keseluruhan dan Seungmo takut benda tu boleh bahayakan Lee An balik.

satu masalah lagi dengan Lee An, dia selalu mengelak daripada sentuh benda atau orang sekeliling dia sebab takut nak baca memori orang lain. sebab itu juga kuasa dia tak pernah improve pun.


Seungmo ni memang baik tapi paling misteri sampaikan Lee An pun tak boleh nak baca dia. yg misteri juga semua kes yg berlaku Seungmo macam tahu siapa pembunuh dan motif pembunuh tersebut tapi masih nak berteka-teki. aku paling suka Seungmo dalam drama ni tapi makin lama aku makin tak senang duduk dengan watak ni sebab misteri sangat.


Eun Jisoo pula detektif dan bapa dia ketua polis di kawasan tu. Jisoo dah lama crush dengan Seungmo tapi kesian juga tak dilayan dan dia juga tahu pasal kebolehan Lee An. Jisoo selalu minta Lee An cari klu untuk selesaikan kes dia walaupun tahu Seungmo tak suka dia dok heret Lee An masuk bilik mayat.


Yoon Jae In ni sebaya dengan Lee An, bapa dia dipenjara dan dituduh pembunuh kes kebakaran di Yeongseong Apartment. dia pernah dibuli sebab jadi anak pembunuh, atas sebab tu juga dia selalu berpindah sekolah sebab tak nak orang tahu pasal kisah bapa dia. bila satu sekolah dengan Lee An, Jae In dapat tahu pasal kebolehan Lee An so dia nak guna kebolehan tu untuk tahu sama ada bapa dia memang pembunuh ataupun kena fitnah.

tapi Jae In tak lama pun sekolah situ sebab rahsia dia terbongkar, lepas dua tahun baru Jae In jumpa balik dengan Lee An, time ni Jae In dah jadi polis dan dia juga berjanji dengan Seungmo nak tolong Lee An untuk improve kebolehan Lee An. so start dari sini juga hubungan Jae In dan Lee An makin rapat dan bergabung untuk menyiasat kes yg berlaku.


dari awal episode, penjahat memang misteri dan tak tunjuk muka tapi sibuk dok skodeng dan follow Seungmo. yg pasti penjahat jenis psiko juga la.


dalam drama ni aku suka lima episod yg last tu sebab terlalu banyak kejutan dan benda yg disangka terjadi. start dengan kisah zaman kanak-kanak Seungmo yg tragis memang sedih sangat dan lepas tu makin banyak benda yg unexpected terjadi memang menarik la sebab emosi dah makin berbelah bagi sebab ada kejadian tu aku macam harap tak terjadi dan susah nak terima.

point dalam drama ni nak cakap pasal flaw pihak polis dalam menjalakan siasatan macam contoh kes mangsa culik yg kena kurung bertahun-tahun, mangsa minta bantuan polis tapi polis tak dapat nak kesan penculik sebab tak ada id jadinya mereka decide tutup mata dan label kes tu sebagai cold case. akibat kerja sambil lewa polis, penjahat masih lagi bebas polis pula tak ada sebarang tindakan sebab tak boleh nak jejak dan kesan penjenayah yg tak ada id dan bukan warganegara berdaftar kesannya ramai yg menjadi mangsa.

selalu dengar pasal psychopath dan sociopath dalam drama korea tapi first time aku dengar pasal alexithymia. alexithymia ni sama kes je macam psychopath jenis tak ada perasaan tapi dia boleh improve kalau ada effort nak belajar pasal perasaan ni yg ada pada manusia, lebih kurang la sebab aku pun bukan paham pasal mental problem ni.


walaupun pelakon dalam drama ni bukan terkenal sangat dan ada juga pelakon baru tapi acting mereka sangat bagus. macam Dasom first drama dia berlakon memang kayu tapi dah improve banyak macam tu juga dengan yg lain. antara semua ni aku suka lakonan Kim Kwon sebagai Seungmo, watak dia sebenarnya paling kesian dan episode yg last-last ni watak dia juga paling banyak buat aku sedih dan rasa nak menangis.

overall, drama ni menarik sangat bagi aku untuk orang lain tak tahu la sebab bagi aku ending dia mungkin tak semua boleh terima, kebenaran tu sangat menyakitkan iye memang menyakitkan untuk terima dan aku sendiri pun take time juga nak hadam story yg macam ni lagi-lagi bila watak tu kau suka tapi pengakhirannya jauh daripada yg diharap.

You Might Also Like

4 comments

  1. i watched this because jinyoung is so cute !! hehe

    ReplyDelete
  2. wow.. menarik sungguh.. Memang ada dalam list untuk ditengok tapi asyik bertangguh je.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Ingatkan ujian psikometrik yg pelajar psikologi ambil hehe

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators