Telefilem | Cruise Cinta Lebaran

11:52 PM


Title : Cruise Cinta Lebaran
Director : Fadzil Teh
Scriptwriter : Mar Mohammad
Cast : Hannah Delisha, Aiman Hakim Ridza, Harris Ismail, Jasper Supayah,
Ali Reza, Fendi London, Ayu Rahman

SIPNOSIS

Maria merupakan seorang editor majalah fesyen terkemuka. Pada tanggal 20 Ramadhan, dia berbuka puasa dengan teman lelakinya, Ikmal. Maria menjangkakan bahawa Ikmal akan melamar namun sebaliknya. Hubungan mereka terputus dan Maria membawa diri bercuti dan menaiki kapal cruise mewah. Di atas cruise tersebut, Maria berjumpa dengan Aizal dan tercetus sedikit pergaduhan antara mereka.



aku terjumpa telefilem ni time dok layan video kat youtube, nampak best sebab pelakon utama Hannah Delisha dan Aiman Hakim Ridza tapi pelakon yg lain tu aku tak tahu langsung maybe pelakon baru kot ntah la aku pun jarang tengok drama melayu sekarang ni..

watak Ikmal kekasih Maria dalam drama ni agak annoying, nak putus bagi alasan kemain tapi sebenarnya dah ada orang lain part tak boleh blah bila si Ikmal tu datang nak tuntut balik cincin dia. wow, useless betul laki macam ni. 

overall, cerita dia simple je tapi best la layan plus suka tengok gandingan Hannah dan Aiman.

You Might Also Like

2 comments

Top Commentators