Memories Of The Alhambra

01:46


Title : Memories of the Alhambra
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Cast : Hyunbin, Park Shinhye, Park Hoon, Min Jinwoon, Kim Euisung, Chanyeol

SIPNOSIS

Memories of the Alhambra tells the unique and suspenseful love story of Yoo Jin Woo and Jung Hee Joo.Strong spirited Yoo Jin Woo is the CEO of an investment company with a degree in engineering and a knack for developing video games. He has an adventurous and competitive spirit. Suffering after his best friend betrays him, he takes a business trip to Granada, Spain in search of the mysterious inventor of an innovative augmented-reality video game. He ends up at a hostel that Jung Hee Joo owns.

Hee Joo is a former classical guitarist who came to Spain to further her studies. After the death of her parents, she takes on various jobs to support herself, including running the old hostel . 
They are both drawn into a series of strange and unexpected events.
(Source: MyDramaList)


kalau perasan TVN selalu bawa kelainan dalam drama yg mereka terbitkan dan Memories of the Alhambra pula drama yg berkonsepkan virtual game (VR) dan augmented game (AR) ala-ala game PokemonGO tapi game yg diorang main dalam drama ni lagi dahsyat sampai orang yg main game ni boleh mati dan jadi hantu duk follow pembunuh dia..hehe

kisahnya apabila Yoo Jinwoo pergi ke Granada dengan tujuan bertemu Jung Seju untuk membincangkan game yg telah di develop oleh Seju malangnya Seju tidak muncul. Jinwoo menginap di hostel lama milik keluarga Seju yg diuruskan oleh kakaknya, Jung Heeju.


Selain itu, tujuan Jinwoo ke Granada untuk mencuba sendiri game yg direka Jung Seju. first episode memang rasa kagum sikit dengan game yg Jinwoo main dan everything nampak sangat real sebab tu Jinwoo sanggup buat everything untuk dapat hak cipta game ni.


first misteri dalam drama ni ialah kehilangan Jung Seju yg merupakan programmer game ni . keluarga Seju bukan jenis tak kisah bila dia tak balik rumah tapi perangai dia memang jenis selalu keluar bermalam di rumah kawannya so diorang anggap benda tu normal. bagi Jinwoo pula ada benda yg tak kena dengan kehilangan Seju dan dia cuba menyiasat tanpa cerita hal sebenar pada keluarga Seju.


plot makin menarik bila Jinwoo berjumpa dengan user lain dan orang itu ialah Cha Hyungseok, pesaing Jinwoo. Jinwoo dan Hyungsuk pernah jadi kawan baik tapi hubungan mereka retak bila Hyungsuk kena tendang dari syarikat oleh bapanya sendiri dan Jinwoo dilantik sebagai CEO. Hyungsuk balas dendam dengan berkahwin dengan bekas isteri Jinwoo sebab tu Jinwoo anti sangat dengan mamat ni dan ambil peluang untuk berlawan dengan Hyungsuk.

tapi tak siapa menduga perlawanan yg dianggap biasa bertukar tragedi apabila Hyungsuk yg tewas dalam game tersebut ditemui mati in real life. seriusly time ni aku tak  percaya yg Hyungsuk betul-betul mati, main game je kot apasal writer dia nak buat cerita jadi creepy.


Jinwoo pada mulanya tak percaya dengan berita tersebut dan dia melawat balik tempat yg mereka bertarung. benda yg mengejutkan Hyungsuk masih kekal di situ, yg peliknya juga apabila Hyungsuk tetiba serang dia. kiranya dalam real life Hyungsuk mati tapi dalam game dia kekal menjadi musuh dan akan terus serang Jinwoo, benda ni dah jadi bug atau error dalam game tersebut. Jinwoo nak tak nak terpaksa la lawan balik kalau tak nak mati.

kematian Hyungsuk menjadi misteri juga sebab tiada sebarang kecederaan pada tubuhnya dan siasatan terpaksa ditutup sebab tak ada bukti nak kaitkan Jinwoo sebagai pembunuh walaupun dia orang terakhir yg jumpa Hyungsuk. hakikatnya cuma Jinwoo tahu kisah sebenar.


drama ni memang everything mengenai game dan ada la sikit-sikit pencintaan antara Jinwoo dan Heeju yg kadang aku rasa tak ada pun tak pa sebab mostly memang pasal game je.

awalnya memang Jinwoo main game ni setakat seronok nak cuba benda baru tapi lepas kes Hyungsuk, dia habiskan masa untuk capai level tertinggi dalam permainan ni dan motifnya untuk mencari Seju dan juga mencari jawapan kepada misteri yg terjadi.

bila pacik ni berlakon mesti dah boleh teka watak dia jahat..haha. yup memang jahat pun. part yg perkena Jinwoo perghhh rasa nak lempang tapi jerat dia makan diri sendiri. padan muka!

scene paling sedih..


untuk ending pula, aku tak puas hati dengan ending yg sebegitu pada Jinwoo tapi itulah drama korea kalau first impression nak gempak saja tapi ending malas nak pikir.

kalau game ni betul release korang nak try main tak? kalau aku tak berminat langsung, dah la macam tak betul je main kat public pastu tak pasal kena bunuh. pastu yg scary lagi tak pakai smart lens pun boleh auto login sendiri masuk dalam game, itu antara part yg aku tak paham. menakutkan~huhu

You Might Also Like

7 comments

  1. baru habis layan drama encounter dan drama memories of alhambra ni baru masuk episod 2 hehe

    ReplyDelete
  2. Belum tengok lagi,tp CD dah beli.

    ReplyDelete
  3. Tak tengok lagi tapi banyak dah baca pasal ramai gila orang tak puas hati dengan ending dia.

    ReplyDelete
  4. Akak suka drama ini.. Sebab lain dari konsep yang ada sekarang ini.. hehehe..

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators