Look Mai Lai Sonthaya (2018)

21:30





Title : Look Mai Lai Sonthaya
Another Title : Twilight Bond
Episodes : 15
Duration : 1 hour 45 minutes
Cast : Shaun Jindachote, Pimmy Pimprapa, Chanapon Satya,
Jammie Panichadar, Toey Kanyakorn, Pimpan Chailakup


Look Mai Lai Sonthaya drama fantasi mengenai percintaan antara dua insan dari dua dunia yg berbeza. berkurun lama dahulu, Uttarakuru dan Jambuvipa berperang kerana ketamakan manusia yg ingin menakluk segalanya. puak Uttarakuru bersetuju untuk menutup sempadan antara dua dunia ni dan keluarga Hem Hiran (Shaun) ditugaskan untuk menjaga pintu masuk. Uttarakuru ni macam dunia bunian dan Jambudvipa pula kaum manusia yg telah melalui  beberapa perubahan zaman.


Duenpattra menetap di Amerika dan bekerja sebagai pereka fesyen, dia pulang ke Thailand selepas mendapat berita kematian neneknya. Duen tak boleh terima bila dia dapat tahu nenek dia mati bunuh diri jadi dia berkeras untuk buka balik siasatan kes neneknya walaupun dapat tentangan daripada orang sekelilingnya. keputusan yg Duen buat tu macam letak diri sendiri dalam bahaya dan lebih parah juga bila ketua polis di situ bersubahat dengan orang jahat.

Duen mendapati ramai yg berminat nak beli rumah neneknya dan ada satu rahsia yg neneknya simpan, rumah tu juga ada pintu masuk ke dunia Uttarakuru dan Duen secara tak sengaja terjumpa kunci yg memboleh dia pergi ke dunia itu dan bertemu dengan Hem Hiran.


Hem Hiran sebenarnya selalu perhatikan Duen dan dia tahu hidup Duen ni dalam bahaya sebab orang yg bunuh neneknya akan cari Duen balik. so Hem buat keputusan untuk tinggal bersama Duen walaupun Hem tahu ada risiko yg dia dapat bila tinggal di dunia manusia terlalu lama tapi dia pun tak senang duduk bila Duen di keliling dengan orang jahat yg tunggu masa je nak bertindak.


dari awal drama sebenarnya dah boleh teka siapa mastermind walaupun ramai yg ada niat jahat dengan Duen. kisah percintaan antara Duen dan Hem memang banyak halangan juga sebab mereka dari dunia yg berbeza but still happy ending la. bagi aku cerita dia menarik juga cuma agak terganggu sikit dengan cgi dia yg nampak fake sangat tu tapi kan cgi dalam drama thai memang tak pernah improve pun..hehe

You Might Also Like

3 comments

  1. lama sehhhh duration dia. sokmo skip kalau tengok ni. nak pulak kalau watak2 jahat memang buat kita menci betol nak layan. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama thai memang panjang duration dia dan memang wajib la selalu skip part tak suka..hihi

      Delete

Bloglist

Top Commentators